Friday, May 30, 2008

SELAMAT TINGGAL MUFTI PROF. NERZAD GRABUS



Selamat tinggal Slovenia, selamat tinggal Ljubljana. Selamat tinggal imam Senad Karisik dan selamat tinggal Mufti Slovenia Nedzad Grabus. Kami berangkat ke istanbul 3.30 petang dalam perjalanan pulang ke tanah air.
Mufti Nedzad dan seluruh anggota Mesihat di sini telah memainkan peranan yang besar untuk membangunkan umat Islam di sini terutama apabila Slovenia sudah menjadi anggota EU. Cabaran utama beliau sekarang ialah untuk membina sebuah pusat Islam di Slovenia. Kini tiada masjid resmi, cuma bangunan yang diubahsuai dan terdapat 15 buah masjid di sini. Umat Islam dari Bosnia mempunyai peranan besar mengembangkan Islam di seluruh wilayah Balkan. Dan yang menarik walaupun ramai yang belajar di Arab saudi dan negara-negara lain, mereka tetap berpegang kepada amalan Mazhab Hanafi. Doa, zikir dan munajat cukup menyentuh hati ketika kita berada bersama di dalam majlis-majlis mereka. Kami sempat menghadiri majlis perjumpaan hafiz2 Balkan iaitu acaran tahunan di sini. Seramai 8 orang hafiz menyampaikan bacaan ayat suci AlQuran yang diselang seli dengan qasidah, selawat dan berzanji.
Teruskan Mufti Prof Nerzad Grabus. Dan saksikan kisah perjuangan umat Islam Slovenia di dalam dokumentari SYAHADAH ramadan tahun ini.
Hotel A- Ljubljana. 11.30 th 30/5/08

Wednesday, May 28, 2008

BUKU UNTUK MINDA, CENDERAHATI UNTUK HATI

Semalam anak-anak mengirim foto kedai

baru mereka di TESCO

Alor Setar.

Tahniah dan teruskan anak-anak abah.

ANAK2 MENDAHULUI ABAH

Khamis

2.00 pagi


Semalam abah medapat kiriman foto kedai anak2 abah

di TESCO Alor Setar. Tak sabar abah nak melihatnya. Tahniah

kepada kak Ummu, D Na, D Pah, Mai dan Hajar.

Sekarag masa untuk merancang bagaimana memikat

pengunjung yang datang. Sekarang masa untuk

membina keyakinan pengguna. BUku untuk minda, cenderahati

untuk hati. Hati yang subur menyemarakkan kasih sayang.

Buku dan cenderahati saling lengkap melengkapi.

Teruskan anak-anakku. Perlumbaan baru bermula tetapi

kalian sudah mendahului abah. Abah berniaga pada

usia 40an, anda pada usia 20an.

Ayuh orang-orang Kedah, datang ke kedai

AMN di tesco, jadi pelanggan setia buku-buku

terbaru Galeri Ilmu, PTS, novel2 ALAF dan bakal

menghiasai rak ialah buku-buku dari gedung

terkenal Indonesia. Kak Ummu dan bawa mak

pergi survey Feb lalu.

Jangan lupa musim kenduri keda I Qeta,

ANAK2 MENDAHULUI ABAH


KHAMIS 29/5

BUKU DAN CENDERAHATI UNTUK SIAPA

Semalam aku menerima kiriman foto kedai anak2 di TESCO

Alor Setar. Tahniah anak-anak abah kerana pada usia muda

sudah mempunyai kedai sendiri. AMN dan I Qeita. Buku untuk

minda, cenderahati untuk kasih sayang. Abah tak sabar nak lihat

kedai tu. Sekarang masa untuk berkarya, masa untuk kreatif

untuk mengajak orang ramai masuk ke kedai. Orang masuk

ke kedai buku, kita dapat pahala kerana membawa manusia

kepada ilmu pengetahuan. Membawa masuk orang membeli

cenderamata menggalakkan orang berkasih sayang, juga

satu ajaran penting di dalam Islam, mengajak orang

MALAM PUDAR TIDAK BERBINTANG

Khamis 2.00 pagi
Malam pudar tidak berbintang ketika hari-hari terakhir bermusafir jauh ke wilayah Balkan. Terasa hari-hari berangkat pulang semakin dekat semakin terasa kehilangan kenalan baru di sini. Selain krew Nuruddin- jurukamera, Arabi- jurukamera2, Syazariah - penerbit, Faizal- pen.penerbit dan aku sendiri- penulis skrip, kami bakal meninggalkan seribu satu kenangan selama berkelana ke bumi yang penuh kisah suka duka perjuangan anak
Nuruddin- menunggu mentari jatuh.
bangsa bersilih ganti sejak zaman berzaman. Sesungguhnya musafir kali ini sungguh bermakna kerana Allah pertemukan kami dengan individu yang baik dan mudah membantu bagi menjayakan misi kali ini. Dari pemandu kenderaan, jurutunjuk, responden yang ditemui sehingga kepada Duta Malaysia, kakitangan kedutaan seperti Khairul, Nasir, Amin dan Rafidah yang melayan kami seperti kenalan lama, membantu bagi memastikan kami mendapat apa yang diperlukan untuk resipi syahadah kali ini. Juga tokoh-tokoh tempatan seperti mufti, imam, hafiz, tokoh perniagaan, datuk bandar, kakitangan kerajaan, doktor pakar, jurutera dan semua yang terlibat memberi kerjasama yang cukup membuat kami serba salah apabila tiba saat berpisah kerana apa pun hadiah yang kami bawa, ia tidak mungkin dapat membalas budi baik mereka kepada kami. Yang pasti tunggulah buahnya syahadah - satu lafaz berbeza resam- dokumentari khas sepanjang ramadan tahun ini . Jumpa lagi di tanah air. Isnin 2/6/08.

remang-remang Ljubljana




PENGHUJUNG KEMBARA
Hari-hari terakhir menghabiskan `musim-musim berpantang di benua Eropah ini menemukan aku dengan pelbagai ragam manusia dan lokasi istimewa. Pastinya dua orang remaja berasal dari Bosnia tetapi sudah berada di dua negara berbeza. Nermin di Slovenia dan Adi di Croatia. Kedua-duanya baik dan ada kelas tersendiri. Adi dengan gaya lurusnya. Nermin remaja aktif yang bercita-cita tinggi- jurutera terlatih. Singgah di A hotel dipinggir bandar Ljublana, sekali lagi berpantang. Comel dan mood lembutnya membuat kita senang terutama di hadapannya ada ladang gandum sedang menghinjau macam padi di kedah. Tengok saja. Orang pantang katakan. Penghunjung kembara kali ini sungguh bererti bersahabat dengan Arabi, anak Serawak yang merantau ke Kuala Lumpur macam aku juga. Din dan Faizal di bilik 18, rajin dan terima kasihlah kerana layan cikgu begitu baik terutama masakan yang tak setiap hari ada menu baru..! Sya jangan lupa. Kerja kita banyak lagi nanti balik. Terima kasih semua kerana memberi hati yang ikhlas kepada cikgu sepanjang bermusafir bersama anda. Benua Eropah kita berpantang, nanti balik kita pekena roti canai dan teh tarik..!
rabu petang. 28/5/08

REMANG-REMANG KOTA LJUBLJANA



MEDAN PERANG KONJIC


10 MEI 2008
Hari lahir yang ke 52, usia bergerak pantas. Aku jauh dari keluarga dan rakan-rakan di Galeri Ilmu. Awal pagi telefon dipenuhi sms kawan2, anak murid dan anak-anak. Paling awal anak abah Hamdi di Syria dan kemudian Dato Sarimah, kak Aliah, Jal dan rakan-rakan di GISB. Terima kasih dato atas ingatan kepada cikgu di sini.
Kawan-kawan krew tidak mengetahui, sengaja tidak mahu aku mengganggu mereka. Pagi ini kami memanjat bukit melawat kawasan perang di kawasan lereng gunung di Konjic.
Meriam lama ini pada asalnya adalah meriam lama perang dunia kedua tetapi kemudiannya dibalikpulih oleh penduduk tempatan dibawa ke lokasi 340 m. dari aras laut ini untuk menyerang balas kemaraan tentera Serbia.
Di kawasan ini lebih 5,000 orang terkorban dan rumah-rumah yang musnah masih kelihatan dan tanah lembah yang subur jatuh ke tangan orang Serb. Namun sepintas lalu, keadaan sudah kembali berubah dan ladang-ladang dipenuhi kambing bebas bergerak meragut rumput. Orang Serb dan Bosnia di sini kembali tinggal berjiran dan menjalani kehidupan seperti dahulu.
Malam, saya membeli kek dan membuat jamuan untuk kawan-kawan ketika cuaca sejuk 8 darjah celcius di pinggir gunung. Isteri dan anak-anak di kampung bergilir mengucapkan selamat hari lahir kepada abah mereka. terima kasih anak-anak abah yang terus mendorong abah bertugas berjauhan dengan kalian.
Menginap bersama Arabi di Hotel Relax Konjic- kami kesejukan kerana alat pemanas tidak lagi beroperasi selepas musim sejuk berlalu. Kami kesejukan sedangkan warga Konjic memakai baju panas tangan pendek.

selamat tinggal Ottomaniah


2 Mei 2008
Jambatan Baseskija atau jambatan kambing
( berdiri dari kanan, faizal, cikgu,arabi, Nuruddin dan Sya.)
Kami berdiri di atas jambatan yang bersejarah ini ketika anak-anak dan warga Sarajevo keluar untuk berkelah dan berehat di sekitar jambatan ini pada hujung minggu. Sudah menjadi tradisi sejak ratusan tahun dahulu, penduduk Sarajevo menghabiskan masa hujung minggu di sekitar kawasan jambatan ini. Namun kebanyakkan mereka tidak mengetahui sejarah dan kisah sebenar di sebalik jambatan yang merentasi sungai Miljacka dan Praca ini. Sesungguhnya hati terasa sebak apabila berada di sini kerana disinilah penduduk Sarajevo mengucapkan selamat jalan kepada tentera Turki Ottomaniah pada 1878 menandakan tumbangnya kuasa kerajaan Islam di benua Balkan kepada kerajaan baru Austria Hungary. Segala-galanya tinggal kisah silam dan hanya jambatan tua ini masih kukuh walaupun kawasannya agak semak dan terbiar. Jambatan ini juga dikenali sebagai jambatan kambing kerana inilah satu-satunya laluan untuk pedagang kambing dari benua Eropah dan Timur membawa kambing selepas membelinya di pasar Turkkoy Puzari Kupru Sarajevo yang terkenal sebagai pusat jualan kambing terbaik di dunia ketika itu. Tapak berhampiran jambatan ini dikenali sebagai dataran haji kerana setiap tahun ketika kerajaan Ottomaniah memerintah Bosnia lebih 400 tahun menguasai benua ini dan Islam menjadi pegangan hidup masyarakat di sini. Kini segala-galanya tinggal sejarah dan ramai warga Sarajevo semasa tindak mengetahui sejarah yang cukup menyedihkan ini.

Sarajevo- bermandi darah selama 1432 hari dikepung dan dibedil tentera Serb yang berkubu di bukit-bukit sekitar bandaraya ini.

40 HARI YANG MENCABAR

Kembara syahadah ke bumi Balkan ini sesungguhnya begitu mencabar dan ia berlaku dalam keadaan aku yang sangat serba salah. Ketika syarikat hendak berpindah ke lokasi baru, aku perlu berada di luar negara lebih 40 hari. Dan berita da kampung pula, permohonan anak-anak untuk dapat tapa berniaga di Tesco Alor Setar diluluskan..! Bayangkan bukan sebuah kedai tetapi dua buah kedai..! Mana mereka nak cari modal. Mana mereka nak ambil barang..Dalam masa seminggu kedai mesti masuk barang. Tesco nak dibuka pada 15 Mei. Sungguh mencabar kak Ummu, Dek Na, Dek Pah dan Mai.

Mereka sedang diproses ketika abah berada di luar negara. `Tangan' abah yang selama ini banyak menentukan keputusan untuk mereka tiba-tiba disentap pergi dan kini mereka adik beradi perlu membuat keputusan sendiri bersama dengan emak yang pun selama ini sibuk dengan Puteh Nurserynya. Jadi syukur setelah 12 hari, mereka sudah berjaya melalui detik penting untuk membuat keputusan berkenaan walaupun pada awalnya hampir-hampir cadangan abah akan menyebabkan mereka hanya ambil sebuah kedai. Allah memberi kekuatan kepada mereka.

Aku yakin faktor dek Pah yang lebih setahun tinggal di China membuatkan ia lebih matang dan yakin untuk memasuki bidang perniagaan menyaingi peniaga MALL yang lain.

Syabas anak-anak abah..!


HRI INI KHAMIS 28 MEI, aku melancarkan semula blog CIKGU ABU untuk catatan ringanku yang selama ini hampir setahun kubiarkan ia terkapai membisu.

Sarajevo
Tulip kembang segar dipersada perkuburan syahid perang saudara Bosnia 1992-1995. Sarajevo sentiasa tenang dan damai kerana disini bersemadi jasad para syahid mempertahankan sebuah keyakinan, menyelamatkan bara Islam, mengembalikan perpaduan yang semakin luntur, mengingatkan ummah bahawa kesenangan bukan keselesaan tetapi mungkin bertukar menjadi mimpi ngeri jika hakikat Pencipta dilupakan.
Sarajaveo adalah hambaran rehat para syahid yang berterbangan menghiasi dada langit, bukit bukau dan tanah ladang. Apabila keimanan mulai hanyut akibat kesenangan, manusia akan terbabas. Hari ke hari semakin jauh dan jauh sehinggalah Allah datangkan musuh-musuhnya untuk `mengusik' sehingga ummat sedar kembali.
Sarajevo, bunga-bunga tulip sudah mula kembang segar sejak musim sejuk berakhir dan sinar mentari bercahaya di sebalik bukit dan gunung, namun penghunimu bila mahu sedar, kembali untuk mengingati Allah. Bila lagi? Bila lagi ribuan masjid di bumi ini kembali meriah seperti zaman-zaman kegemilanganmu dahulu sebelum bumi ini jatuh ke tangan kuasa komunis. Sarajevo engkau membawa peringatan kepada kami. Engkau menyedarkan kami tentang kealpaan, kecuaian dan kelekaan sehingga lupa tentang pendidikan Islam anak-anak Lupa untuk membawa mereka ke masjid, lupa untuk mengajar mereka tentang adab dan akhlak. Lupa dan Lalai sehingga kam sebenarnya sedang mengikut jalanmu Sarajevo dan mungkin juga suatu hari kaki-kaki bukit akan dipenuhi dengan pusara-pusara baru yang entah siapa penghuninya..!
Ljubljana 28 Mei 08

salam dari Bosnia

Sekian lama meninggalkan tanah air, banyak yang hendak di kongsi dengan anak-anak dan keluarga di Galeri Ilmu Sdn Bhd. Bosnia sedang 'kebah' dari demam yang panjang menyaksikan mereka semakin segar untuk berada sebaris dengan negara-negara Balkan yang lain. Minggu terakhir kembara syahadah membawa saya dan krew ke negara Slovenia, anggota EU paling terakhir diterima ke dalam kesatuan ini. Sejak awal lagi ketika melintasi sempadan Croatia dan Slovenia, kawalan di sempadan tidak mencengkam seperti kebiasaannya. Kenderaan melepasi sempadan tanpa ada sebarang pemeriksaan. Namun apabila sudah berada beberapa hari di sini, rungutan dari rakyat kedengaran kerana persaingan sangat hebat di sini. Syarikat luar bebas membuka perniagaan di sini dan bagi syarikat tempatan mereka perlu bersaing dengan negara-negara lain di dalam kesatuan ini.

Yang pasti kami merasakan miskin `lima kali ganda' berada di sini kerana pertukaran wang yang berbeza antara RM dan Euro. Jadi berbelanja perlu berhati-hati di sini.

Semalam kami mengembara ke Venice yang terletak kita-kira 240 km daripada Ljubljana, ibu kota Slovenia. Kota lama kristian protestan ini dikerumuni pelancong dari seluruh dunia termasuk arab dan masyarakat Islam yang kemaruk mahu melihat bandar seribu terusan ini. Bangunan lama tidak bercat, masih menjadi identiti kota ini dan ini sesuai untuk pencinta seni, kebudayaan untuk melepak atau honeymoon di sini.

Melihat kota ini teringatkan Bangkok, teringatkan kampung air di Brunei. Kedua-duanya lebih cantik dan menarik berbanding dengan kota yang dipenuhi puluhan gereja lama. Bangkok ada keunikannya begitu juga Brunei tetapi Venice hanya perkampungan lama yang meloyakan..!