Wednesday, May 28, 2008

selamat tinggal Ottomaniah


2 Mei 2008
Jambatan Baseskija atau jambatan kambing
( berdiri dari kanan, faizal, cikgu,arabi, Nuruddin dan Sya.)
Kami berdiri di atas jambatan yang bersejarah ini ketika anak-anak dan warga Sarajevo keluar untuk berkelah dan berehat di sekitar jambatan ini pada hujung minggu. Sudah menjadi tradisi sejak ratusan tahun dahulu, penduduk Sarajevo menghabiskan masa hujung minggu di sekitar kawasan jambatan ini. Namun kebanyakkan mereka tidak mengetahui sejarah dan kisah sebenar di sebalik jambatan yang merentasi sungai Miljacka dan Praca ini. Sesungguhnya hati terasa sebak apabila berada di sini kerana disinilah penduduk Sarajevo mengucapkan selamat jalan kepada tentera Turki Ottomaniah pada 1878 menandakan tumbangnya kuasa kerajaan Islam di benua Balkan kepada kerajaan baru Austria Hungary. Segala-galanya tinggal kisah silam dan hanya jambatan tua ini masih kukuh walaupun kawasannya agak semak dan terbiar. Jambatan ini juga dikenali sebagai jambatan kambing kerana inilah satu-satunya laluan untuk pedagang kambing dari benua Eropah dan Timur membawa kambing selepas membelinya di pasar Turkkoy Puzari Kupru Sarajevo yang terkenal sebagai pusat jualan kambing terbaik di dunia ketika itu. Tapak berhampiran jambatan ini dikenali sebagai dataran haji kerana setiap tahun ketika kerajaan Ottomaniah memerintah Bosnia lebih 400 tahun menguasai benua ini dan Islam menjadi pegangan hidup masyarakat di sini. Kini segala-galanya tinggal sejarah dan ramai warga Sarajevo semasa tindak mengetahui sejarah yang cukup menyedihkan ini.

Sarajevo- bermandi darah selama 1432 hari dikepung dan dibedil tentera Serb yang berkubu di bukit-bukit sekitar bandaraya ini.

No comments: