Showing posts with label Kembara. Show all posts
Showing posts with label Kembara. Show all posts

Thursday, February 21, 2013

Bersama Hjh Norjannah Mohd Salleh dan imam muda untuk khabar Haji

Berdiri di tengah hj Izelan Basar, Pengurus saluran Astro Oasis

Sebelum berangkat, bersama staf dan tetamu ustaz Lutfi, kolumnis GIMG
Sejak beberapa malam, saya terkenangkan detik-detik manis menyempurnakan tugas di tanah suci membuat liputan secara langsung musim haji bersama Khabar Haji Astro Oasis 2010. Kini pada 2013 kami memulakan langkah awal bersama team Astro Oasis meneroka pasaran baru dalam media tanahair dan bakal lahir rancangan baru berkonsepkan Islamic current affair mulai April 2013. Terima kasih pengurusan Astro yang memberi kepercayaan kepada Layar Consult terlibat di dalam projek mengantarabangsakan program tempatan.

Friday, May 30, 2008

SELAMAT TINGGAL MUFTI PROF. NERZAD GRABUS



Selamat tinggal Slovenia, selamat tinggal Ljubljana. Selamat tinggal imam Senad Karisik dan selamat tinggal Mufti Slovenia Nedzad Grabus. Kami berangkat ke istanbul 3.30 petang dalam perjalanan pulang ke tanah air.
Mufti Nedzad dan seluruh anggota Mesihat di sini telah memainkan peranan yang besar untuk membangunkan umat Islam di sini terutama apabila Slovenia sudah menjadi anggota EU. Cabaran utama beliau sekarang ialah untuk membina sebuah pusat Islam di Slovenia. Kini tiada masjid resmi, cuma bangunan yang diubahsuai dan terdapat 15 buah masjid di sini. Umat Islam dari Bosnia mempunyai peranan besar mengembangkan Islam di seluruh wilayah Balkan. Dan yang menarik walaupun ramai yang belajar di Arab saudi dan negara-negara lain, mereka tetap berpegang kepada amalan Mazhab Hanafi. Doa, zikir dan munajat cukup menyentuh hati ketika kita berada bersama di dalam majlis-majlis mereka. Kami sempat menghadiri majlis perjumpaan hafiz2 Balkan iaitu acaran tahunan di sini. Seramai 8 orang hafiz menyampaikan bacaan ayat suci AlQuran yang diselang seli dengan qasidah, selawat dan berzanji.
Teruskan Mufti Prof Nerzad Grabus. Dan saksikan kisah perjuangan umat Islam Slovenia di dalam dokumentari SYAHADAH ramadan tahun ini.
Hotel A- Ljubljana. 11.30 th 30/5/08

Wednesday, May 28, 2008

MALAM PUDAR TIDAK BERBINTANG

Khamis 2.00 pagi
Malam pudar tidak berbintang ketika hari-hari terakhir bermusafir jauh ke wilayah Balkan. Terasa hari-hari berangkat pulang semakin dekat semakin terasa kehilangan kenalan baru di sini. Selain krew Nuruddin- jurukamera, Arabi- jurukamera2, Syazariah - penerbit, Faizal- pen.penerbit dan aku sendiri- penulis skrip, kami bakal meninggalkan seribu satu kenangan selama berkelana ke bumi yang penuh kisah suka duka perjuangan anak
Nuruddin- menunggu mentari jatuh.
bangsa bersilih ganti sejak zaman berzaman. Sesungguhnya musafir kali ini sungguh bermakna kerana Allah pertemukan kami dengan individu yang baik dan mudah membantu bagi menjayakan misi kali ini. Dari pemandu kenderaan, jurutunjuk, responden yang ditemui sehingga kepada Duta Malaysia, kakitangan kedutaan seperti Khairul, Nasir, Amin dan Rafidah yang melayan kami seperti kenalan lama, membantu bagi memastikan kami mendapat apa yang diperlukan untuk resipi syahadah kali ini. Juga tokoh-tokoh tempatan seperti mufti, imam, hafiz, tokoh perniagaan, datuk bandar, kakitangan kerajaan, doktor pakar, jurutera dan semua yang terlibat memberi kerjasama yang cukup membuat kami serba salah apabila tiba saat berpisah kerana apa pun hadiah yang kami bawa, ia tidak mungkin dapat membalas budi baik mereka kepada kami. Yang pasti tunggulah buahnya syahadah - satu lafaz berbeza resam- dokumentari khas sepanjang ramadan tahun ini . Jumpa lagi di tanah air. Isnin 2/6/08.

remang-remang Ljubljana




PENGHUJUNG KEMBARA
Hari-hari terakhir menghabiskan `musim-musim berpantang di benua Eropah ini menemukan aku dengan pelbagai ragam manusia dan lokasi istimewa. Pastinya dua orang remaja berasal dari Bosnia tetapi sudah berada di dua negara berbeza. Nermin di Slovenia dan Adi di Croatia. Kedua-duanya baik dan ada kelas tersendiri. Adi dengan gaya lurusnya. Nermin remaja aktif yang bercita-cita tinggi- jurutera terlatih. Singgah di A hotel dipinggir bandar Ljublana, sekali lagi berpantang. Comel dan mood lembutnya membuat kita senang terutama di hadapannya ada ladang gandum sedang menghinjau macam padi di kedah. Tengok saja. Orang pantang katakan. Penghunjung kembara kali ini sungguh bererti bersahabat dengan Arabi, anak Serawak yang merantau ke Kuala Lumpur macam aku juga. Din dan Faizal di bilik 18, rajin dan terima kasihlah kerana layan cikgu begitu baik terutama masakan yang tak setiap hari ada menu baru..! Sya jangan lupa. Kerja kita banyak lagi nanti balik. Terima kasih semua kerana memberi hati yang ikhlas kepada cikgu sepanjang bermusafir bersama anda. Benua Eropah kita berpantang, nanti balik kita pekena roti canai dan teh tarik..!
rabu petang. 28/5/08

REMANG-REMANG KOTA LJUBLJANA



MEDAN PERANG KONJIC


10 MEI 2008
Hari lahir yang ke 52, usia bergerak pantas. Aku jauh dari keluarga dan rakan-rakan di Galeri Ilmu. Awal pagi telefon dipenuhi sms kawan2, anak murid dan anak-anak. Paling awal anak abah Hamdi di Syria dan kemudian Dato Sarimah, kak Aliah, Jal dan rakan-rakan di GISB. Terima kasih dato atas ingatan kepada cikgu di sini.
Kawan-kawan krew tidak mengetahui, sengaja tidak mahu aku mengganggu mereka. Pagi ini kami memanjat bukit melawat kawasan perang di kawasan lereng gunung di Konjic.
Meriam lama ini pada asalnya adalah meriam lama perang dunia kedua tetapi kemudiannya dibalikpulih oleh penduduk tempatan dibawa ke lokasi 340 m. dari aras laut ini untuk menyerang balas kemaraan tentera Serbia.
Di kawasan ini lebih 5,000 orang terkorban dan rumah-rumah yang musnah masih kelihatan dan tanah lembah yang subur jatuh ke tangan orang Serb. Namun sepintas lalu, keadaan sudah kembali berubah dan ladang-ladang dipenuhi kambing bebas bergerak meragut rumput. Orang Serb dan Bosnia di sini kembali tinggal berjiran dan menjalani kehidupan seperti dahulu.
Malam, saya membeli kek dan membuat jamuan untuk kawan-kawan ketika cuaca sejuk 8 darjah celcius di pinggir gunung. Isteri dan anak-anak di kampung bergilir mengucapkan selamat hari lahir kepada abah mereka. terima kasih anak-anak abah yang terus mendorong abah bertugas berjauhan dengan kalian.
Menginap bersama Arabi di Hotel Relax Konjic- kami kesejukan kerana alat pemanas tidak lagi beroperasi selepas musim sejuk berlalu. Kami kesejukan sedangkan warga Konjic memakai baju panas tangan pendek.

selamat tinggal Ottomaniah


2 Mei 2008
Jambatan Baseskija atau jambatan kambing
( berdiri dari kanan, faizal, cikgu,arabi, Nuruddin dan Sya.)
Kami berdiri di atas jambatan yang bersejarah ini ketika anak-anak dan warga Sarajevo keluar untuk berkelah dan berehat di sekitar jambatan ini pada hujung minggu. Sudah menjadi tradisi sejak ratusan tahun dahulu, penduduk Sarajevo menghabiskan masa hujung minggu di sekitar kawasan jambatan ini. Namun kebanyakkan mereka tidak mengetahui sejarah dan kisah sebenar di sebalik jambatan yang merentasi sungai Miljacka dan Praca ini. Sesungguhnya hati terasa sebak apabila berada di sini kerana disinilah penduduk Sarajevo mengucapkan selamat jalan kepada tentera Turki Ottomaniah pada 1878 menandakan tumbangnya kuasa kerajaan Islam di benua Balkan kepada kerajaan baru Austria Hungary. Segala-galanya tinggal kisah silam dan hanya jambatan tua ini masih kukuh walaupun kawasannya agak semak dan terbiar. Jambatan ini juga dikenali sebagai jambatan kambing kerana inilah satu-satunya laluan untuk pedagang kambing dari benua Eropah dan Timur membawa kambing selepas membelinya di pasar Turkkoy Puzari Kupru Sarajevo yang terkenal sebagai pusat jualan kambing terbaik di dunia ketika itu. Tapak berhampiran jambatan ini dikenali sebagai dataran haji kerana setiap tahun ketika kerajaan Ottomaniah memerintah Bosnia lebih 400 tahun menguasai benua ini dan Islam menjadi pegangan hidup masyarakat di sini. Kini segala-galanya tinggal sejarah dan ramai warga Sarajevo semasa tindak mengetahui sejarah yang cukup menyedihkan ini.

Sarajevo- bermandi darah selama 1432 hari dikepung dan dibedil tentera Serb yang berkubu di bukit-bukit sekitar bandaraya ini.