Wednesday, May 28, 2008

MEDAN PERANG KONJIC


10 MEI 2008
Hari lahir yang ke 52, usia bergerak pantas. Aku jauh dari keluarga dan rakan-rakan di Galeri Ilmu. Awal pagi telefon dipenuhi sms kawan2, anak murid dan anak-anak. Paling awal anak abah Hamdi di Syria dan kemudian Dato Sarimah, kak Aliah, Jal dan rakan-rakan di GISB. Terima kasih dato atas ingatan kepada cikgu di sini.
Kawan-kawan krew tidak mengetahui, sengaja tidak mahu aku mengganggu mereka. Pagi ini kami memanjat bukit melawat kawasan perang di kawasan lereng gunung di Konjic.
Meriam lama ini pada asalnya adalah meriam lama perang dunia kedua tetapi kemudiannya dibalikpulih oleh penduduk tempatan dibawa ke lokasi 340 m. dari aras laut ini untuk menyerang balas kemaraan tentera Serbia.
Di kawasan ini lebih 5,000 orang terkorban dan rumah-rumah yang musnah masih kelihatan dan tanah lembah yang subur jatuh ke tangan orang Serb. Namun sepintas lalu, keadaan sudah kembali berubah dan ladang-ladang dipenuhi kambing bebas bergerak meragut rumput. Orang Serb dan Bosnia di sini kembali tinggal berjiran dan menjalani kehidupan seperti dahulu.
Malam, saya membeli kek dan membuat jamuan untuk kawan-kawan ketika cuaca sejuk 8 darjah celcius di pinggir gunung. Isteri dan anak-anak di kampung bergilir mengucapkan selamat hari lahir kepada abah mereka. terima kasih anak-anak abah yang terus mendorong abah bertugas berjauhan dengan kalian.
Menginap bersama Arabi di Hotel Relax Konjic- kami kesejukan kerana alat pemanas tidak lagi beroperasi selepas musim sejuk berlalu. Kami kesejukan sedangkan warga Konjic memakai baju panas tangan pendek.

No comments: