Wednesday, June 4, 2008

SEKOLAH PERNIAGAAN TESCO





Selamat kembali ke Malaysia. Alhamdulillah kerja-kerja Syahadah di Balkan hampir selesai. Dari KL terus ke Alor Setar ambil flight pagi. Ada kenduri dan sebaik tiba di Alor Setar terus ke TESCO mengunjungi dua gerai `comel' milik anak-anak abah. Tahniah kepada anak2 abah atas `keberanian' yang luar biasa untuk menceburi bidang perniagaan. Abah pada usia kalian masih tercari-cari rentak tetapi kalian telah tampil untuk bersaing dgn peniaga lain. Trend orang berbelanja sekarang lebih selesa ke Mall berbanding dengan kedai2 seperti dulu. Jadi terletak pada kita untuk bijak menarik mereka ke kedai-kedai kita.
Abah harap anak-anak abah akan lebih kreatif terutama bagaimana hendak memikat pengunjung ke kedai cenderamata I QETA dan kedai buku AMN. Kejayaan akan banyak bergantung HOW WE SPENT daripada HOW MUCH WE GET. Setiap sen perlu dikira dan banyak kebiasaan yang tidak relevan perlu ditinggalkan.
selamat memasuki sekolah perniagaan wahail anak-anak abah.
Anak-anak akan belajar banyak perkara terutama pengurusan masa- kedai-kedai di sini perlu mengikut cara bekerja di TESCO, buka pukul 9.00 dan tutup 10.30 malam sepanjang tahun. Jadi kebiasaan untuk bermalas-malas akan berubah melalui pengalaman bekerja yang lebih panjang dan awal pagi.
Teruskan wahai anak-anak abah. Berusaha dan Allah menjanjikan rezeki yang tidak diduga di dalam bidang perniagaan. Banyak berdoa dan sentiasa positif dan pro aktif di dalam memastikan kedai-kedai ini maju pada masa hadapan.