Tuesday, November 27, 2012

DEMI MASA

Masa terus berputar dan tidak akan berhenti. Kita menjadi penghambat masa yang sering tercungap-cungap kepenatan. Hari terus berlalu namun kerja masih bertimbun. Hari ini tak selesai, bawa ke hari esok. Tapi jarum jam berputar terus.
                
Masa kita atas dunia semakin meningkat. Semakin dekat kepada masa kematian kita. Entah berapa kali kita jenguk tempat kita nak balik. Entah adaa, entah tidak langsung. Kerana sibuk dengan urusan kerja, kadangkala kematian kawan atau keluarga, hanya kita jenguk dirumah si mati, tidak turut sampai ke kubur untuk tengok tempat kita nak balik tidak lama lagi.
                
Waktu untuk kita pulang semakin hamper. Buktinya, dulu masa umur kita dua puluhan dan tiga puluhan, jarng kita dengar berita kawan-kawan dan saudara-mara meninggal dunia. Tetapi apabila sudah masuk usia empat puluhan , boleh dikatakan setiap minggu ada saja berita kematian yang kita dengar.
               
Kawan-kawan dan saudara-mara yang seangkatan dengan kita mula berangkat pergi, berpindah kea lam kubur. Janji mereka sudah sampai. Jarum jam mereka sudah berhenti. Mereka tidak perlu lagi mengejar masa macam kita. Maka tamatlah sebuah hikayat hidup di atas muka bumi ini, dan mereka akan membuka sejarah baru di alam kubur sambil menunggu hari pengadilan yang tiada siapa tahu melainkan Allah Taala.
                
Hari ketika mana seluruh manusia dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman dikumpulkandi Padang Masyar untuk disoal siasat. Sesi post-mortem yang sungguh menakutkan. Ditelanjangkan segala ketelanjuran, keegoan, kedurjanaan kita diatas muka bumi ini. ketika itu kita akan berasa malu hingga luruh daging-daging muka kita. Saat itu menangis air mata darah pun, segala-galanya sudah terlambat. Jarum jam taubat sudah berhenti!



MUHASABAH DIRI
Jarum jam di atas muka bumi berputar lagi, meninggalkan detik semalam, kelmarin, dan hari-hari sebelumnya untuk melangkah ke hari , minggu, bulan dan tahun yang menjadikan kita semakin berusia dan jadi orang tua. Walaupun kita pakai ilmu awet muda, tetapi usia tetap meninggkat dan saat kematian semakin hamper. Saat untuk masuk ke rumah baru semakin dekat. Rumah tidak berpintu, gelap, keseorangan jauh di perut bumi.
                
Jadi menghitung baki jarum yang masih tinggal menjadi semakin penting mulai saat ini. setiap saat usia kita cukup berharga dan bernilai. Tetapi, apa nilainya jika rutin kerja kita seperti itu sahaja ? apa nilainya kalau cara berkerja dan berfikir sama seperti itu juga?
                
Sepatutnya kita fikirkan bagaimana hendak tambah nilai atas setiap kerja yang kita lakukan pada masa ini. supaya jadi nilai emas dan intan berlian . Janganlah kita biarkan usia yang berbaki ini menjadi daki-daki kotor yang bersalut dosa dan kemungkaran.
                
Muhasabahlah diri kita sentiasa. Apabila kita sudah sedia atau belum untuk kembali bertemu Allah? Dan apakah usha-usha kita untuk memberi nilai tambah kepada setiap kerja yang kita lakukan? Apakah ia menjadi ibadah atau sebaliknya ?
                
Marilah kita perbaharui dan perbetulkan niat setiap haro sebelum melangkah memulakan tugas harian kita. Moga-moga setiap detik yang berlalu itu menjadi ibadah di sisi Allah SWT.



Monday, November 26, 2012

Di mana kedudukan anak-anak kita?

Saya tertarik denagan langkah sebuah kerajaan negeri yang membawa pemimpin beliau melawat sambil “berkursus”  ke Kampuchea. Peserta diperlihatkan bagaimana penderitaan dan kesusahan orang-orang Champa yang suatu ketika dahulu mempunyai negara tersendiri tetapi hari ini menjadi pelarian, tinggal si tepi sungai atau kawasan luar bandar yang begitu daif kemudahan asasnya. Mereka hidup kais pagi makan pagi, kais patang makan patang. Tiada pekerjaan , tiada pembelaan yang sewajarnya. Pada masa yang sama, orang ‘luar’ mengaut keuntungan daripada pelbagai peluang yang terbuka luas hasil keaamanan dan kestabilan politik Negara tersebut kini.

Semua yang berlaku di Kampuchea patut menjadi iktibar kepada orang-orang  Malayu di Malaysia supaya usaha untuk mengubah sikap ini dapat dilakikan dengan cepat dan wajar terutama kepada anak-anak Melayu yang lebih seronok berkejaran dengan motosikal di jalan raya.


Tidak Berharta


Sewaktu menyampaikan ceramah motivasi kepada pelajar-palajar di sebuah sekolah di Perak, meraka agak tersentak apabila saya meminta mereka menulis 10 perkara yang merupakan milik yang mutlak. Todak kiralah ia pemberian ibu bapa ataupun atas usaha sendiri. Sama ada ia barangan murah ataupun harta tetapi ia mesti sudah dipindah milik sendiri.
Saya tidak terkejut apabila mendapati 80 peratus pelajar Melayu serba salah untuk menulis atau barangan miliknya atau kebanyakkannya memulangkan kertas kosong kepada saya kerana tiada apa-apa yang boleh diperakui sebagai miliknya. Kalau ada pun hanya sekadar motosikal, computer dan set hi fi di rumah.
               
Sebaliknya ramai anak Cina menulis, sesuatu yang saya sendiri tidak terfikir dan ia amat memeranjatkan. Lebih 25 peratus mempunyai kereta atau motosikal sendiri. Lebih 15 peratus mempunyai saham dalam syarikat perniagaan keluarga. Dan ada di kalangan mereke mempunyai apartment dan rumah teres di luar kawasan. Ini tidak termasuk peralatan dirumah seperti TV, computer dan lain-lain barangan elektrik berjenama yang mahal.
               
Mungkin  kepada sesetengan orang, kajian rambang begini tidak melambagkan ‘kesusahan’ orang-orang Melayu di  negara sendirikerana kita masih merasakan ada pihak akan membantu kita kerana ini adalah negara kita. Tetapi sampai bila keadaan ini akan terus berlaku? Sebab itu sesekali kita perlu bawa anak kita keluar dan melihat sendiri fenomena di luar. Apabila berada di negara seperti Kampuchea, kita akan insaf dan sekurang-kurangnya apabila kita balik, kita akan berkerja lebih kuat kerana pesaing kita begitu komited dengan perjuangan kita.
Jangan Ulangi Kesilapan
               
Memandangkan kita berbangga apabila Malaysia terus menjadi pilohan korporat dunia untuk melabur, membuka kilang dan beroperasi tetapi ketika ini di mana kedudukan kebanyakkan anak kita? Menjadi operator atau pentadbiran ,pembuatan dasar atau pemegang saham di dalam syarikat tersebut?
               
Malaysia, sudah mengatasi Negara-negara lain di Nusantara dari segi ICT terutasma dengan beroperasinya Koridor Raya Multimedia sejak awal 90-an lagi. Tetapi siapa yang mendapat tempat dan menerajui pembangunan ICT di Negara kita? Berapa peratusanak bangsa kita yang terlibat?
              
Sebenarnya juka dilihat disudut mana pun, anak-anak jauh tertinggal dalam larian ini bahkan memberi masalah kepada pelbagai system yang diperkenalkan di negara kita.  Di mana silapnya kita? Pada sistem pendidikan yang terlalu mementingkan pencapaian akedemik sehingga mengabaikan pendidikan tatarakyat, sivik, kenegaraan? Atau salah ibu bapa yang tidak mendidik anak-anak dengan baik kerana mereka kurang ilmu, tiada masa kerana berkerja mencari nafkah hidup? Atau
siapa sebenarnya yang patut bertanggungjawab kepada semua tragedi yang sedang melanda anak bangsa kita?
               
Pada ketika kritikal begini, kita merasakan apa yang dilakukan oleh Myanmar yang masih bertahan dengan cara tradisi sebenarnya ada kewajarannya .  Walaupun mereka kalah dari segi pencapaian globalisasi tetapi pihak keselamatan terutama polis di negara mereka tidaklah sesusah dan tercabar seperti di negara kita.
               
Mungkin ada orang akan bertanya, mengapa membandingkan negara kita dengan Myanmar , tidak dengan negara maju seeperti Australia, UK atau jiran kita Singapura? Memang kita sudah jauh berkembang berbanding dengan negara-negara seperti Kampuchea dan Myanmar tetapi pada era cemerlang gemilang dan terbilang ini, kita perlu bersedia dan menyediakan seluruh warga muda dengan resipi dan model terbaik , mantap jiwanya, lengkap ilmunya dan berkualiti prestasi kerjanya. Dan yang paling penting kepada saya ialah semua pihak perlu berkerja secara kolektif dan bersepadu dan bukan tercaing-caing mengikut sedap dan rasa sendiri. Pada masa yang sama, ikhtibar yang Allah datangkan di tempat lain patut menjadi pengajaran kepada kita dan sesekali kita ulangi kesilapan yang telah berlaku di tempat lain. Sebaliknya berusahalah meneruskan kecemerlangan yang sudah sedia di depan mata dengan minda dan jiwa yang merdeka selaras dengan inspirasi wawasan negara maju mengukit acuan kita sendiri.






Tuesday, November 20, 2012

Kem ASUH 2012 Tinggal 4 Hari Sahaja Lagi

Iklan!


“Saya memang suka meneliti program sebegini lebih-lebih lagi sejak anak sulung menginjak usia belasan tahun. Saya akui, saya perlukan sumber-sumber tambahan dari luar untuk memantapkan daya tahan dirinya dari anasir-anasir yang tidak diingini” Puan Hayati Yusof, ibu peserta Kem ASUH.

"Kasihkan anak, hantar mereka ke Kem ASUH"



Tinggal 4 hari sahaja lagi untuk 'Kem Asuh 2012'

Cepat daftarkan anak anda.

Hubungi Cik Suriati di talian: 013-6697 992 sekarang!

Klik di sini



Tuesday, November 13, 2012

Apabila Ikan di Kolam Terpesona Dengan Akuarium


Suatu hari, saya menerima kunjungan sahabat dari kampung yang datang untuk melihat kerja-kerja penerbitan majalah di pejabat. Saya kemudian membawanya makan di sebuah gerai terbuka yang menjadi tempat remaja dan pelajar-pelajar sekolah sekitar Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) lepak dan minum-minum.

Dia terkejut melihat anak-anak gadis belasan tahun duduk berborak di gerai itu sambil menghisap rokok, berpakaian nampak pusat dan ‘tembap’ pipi apabila hendak berpisah dan macam-macam gelagat lagi yang akhirnya membuat selera makan kawan saya itu hilang terbang bersama kepulan asap rokok anak-anak gadis tersebut.