Monday, November 26, 2012

Di mana kedudukan anak-anak kita?

Saya tertarik denagan langkah sebuah kerajaan negeri yang membawa pemimpin beliau melawat sambil “berkursus”  ke Kampuchea. Peserta diperlihatkan bagaimana penderitaan dan kesusahan orang-orang Champa yang suatu ketika dahulu mempunyai negara tersendiri tetapi hari ini menjadi pelarian, tinggal si tepi sungai atau kawasan luar bandar yang begitu daif kemudahan asasnya. Mereka hidup kais pagi makan pagi, kais patang makan patang. Tiada pekerjaan , tiada pembelaan yang sewajarnya. Pada masa yang sama, orang ‘luar’ mengaut keuntungan daripada pelbagai peluang yang terbuka luas hasil keaamanan dan kestabilan politik Negara tersebut kini.

Semua yang berlaku di Kampuchea patut menjadi iktibar kepada orang-orang  Malayu di Malaysia supaya usaha untuk mengubah sikap ini dapat dilakikan dengan cepat dan wajar terutama kepada anak-anak Melayu yang lebih seronok berkejaran dengan motosikal di jalan raya.


Tidak Berharta


Sewaktu menyampaikan ceramah motivasi kepada pelajar-palajar di sebuah sekolah di Perak, meraka agak tersentak apabila saya meminta mereka menulis 10 perkara yang merupakan milik yang mutlak. Todak kiralah ia pemberian ibu bapa ataupun atas usaha sendiri. Sama ada ia barangan murah ataupun harta tetapi ia mesti sudah dipindah milik sendiri.
Saya tidak terkejut apabila mendapati 80 peratus pelajar Melayu serba salah untuk menulis atau barangan miliknya atau kebanyakkannya memulangkan kertas kosong kepada saya kerana tiada apa-apa yang boleh diperakui sebagai miliknya. Kalau ada pun hanya sekadar motosikal, computer dan set hi fi di rumah.
               
Sebaliknya ramai anak Cina menulis, sesuatu yang saya sendiri tidak terfikir dan ia amat memeranjatkan. Lebih 25 peratus mempunyai kereta atau motosikal sendiri. Lebih 15 peratus mempunyai saham dalam syarikat perniagaan keluarga. Dan ada di kalangan mereke mempunyai apartment dan rumah teres di luar kawasan. Ini tidak termasuk peralatan dirumah seperti TV, computer dan lain-lain barangan elektrik berjenama yang mahal.
               
Mungkin  kepada sesetengan orang, kajian rambang begini tidak melambagkan ‘kesusahan’ orang-orang Melayu di  negara sendirikerana kita masih merasakan ada pihak akan membantu kita kerana ini adalah negara kita. Tetapi sampai bila keadaan ini akan terus berlaku? Sebab itu sesekali kita perlu bawa anak kita keluar dan melihat sendiri fenomena di luar. Apabila berada di negara seperti Kampuchea, kita akan insaf dan sekurang-kurangnya apabila kita balik, kita akan berkerja lebih kuat kerana pesaing kita begitu komited dengan perjuangan kita.
Jangan Ulangi Kesilapan
               
Memandangkan kita berbangga apabila Malaysia terus menjadi pilohan korporat dunia untuk melabur, membuka kilang dan beroperasi tetapi ketika ini di mana kedudukan kebanyakkan anak kita? Menjadi operator atau pentadbiran ,pembuatan dasar atau pemegang saham di dalam syarikat tersebut?
               
Malaysia, sudah mengatasi Negara-negara lain di Nusantara dari segi ICT terutasma dengan beroperasinya Koridor Raya Multimedia sejak awal 90-an lagi. Tetapi siapa yang mendapat tempat dan menerajui pembangunan ICT di Negara kita? Berapa peratusanak bangsa kita yang terlibat?
              
Sebenarnya juka dilihat disudut mana pun, anak-anak jauh tertinggal dalam larian ini bahkan memberi masalah kepada pelbagai system yang diperkenalkan di negara kita.  Di mana silapnya kita? Pada sistem pendidikan yang terlalu mementingkan pencapaian akedemik sehingga mengabaikan pendidikan tatarakyat, sivik, kenegaraan? Atau salah ibu bapa yang tidak mendidik anak-anak dengan baik kerana mereka kurang ilmu, tiada masa kerana berkerja mencari nafkah hidup? Atau
siapa sebenarnya yang patut bertanggungjawab kepada semua tragedi yang sedang melanda anak bangsa kita?
               
Pada ketika kritikal begini, kita merasakan apa yang dilakukan oleh Myanmar yang masih bertahan dengan cara tradisi sebenarnya ada kewajarannya .  Walaupun mereka kalah dari segi pencapaian globalisasi tetapi pihak keselamatan terutama polis di negara mereka tidaklah sesusah dan tercabar seperti di negara kita.
               
Mungkin ada orang akan bertanya, mengapa membandingkan negara kita dengan Myanmar , tidak dengan negara maju seeperti Australia, UK atau jiran kita Singapura? Memang kita sudah jauh berkembang berbanding dengan negara-negara seperti Kampuchea dan Myanmar tetapi pada era cemerlang gemilang dan terbilang ini, kita perlu bersedia dan menyediakan seluruh warga muda dengan resipi dan model terbaik , mantap jiwanya, lengkap ilmunya dan berkualiti prestasi kerjanya. Dan yang paling penting kepada saya ialah semua pihak perlu berkerja secara kolektif dan bersepadu dan bukan tercaing-caing mengikut sedap dan rasa sendiri. Pada masa yang sama, ikhtibar yang Allah datangkan di tempat lain patut menjadi pengajaran kepada kita dan sesekali kita ulangi kesilapan yang telah berlaku di tempat lain. Sebaliknya berusahalah meneruskan kecemerlangan yang sudah sedia di depan mata dengan minda dan jiwa yang merdeka selaras dengan inspirasi wawasan negara maju mengukit acuan kita sendiri.






No comments: