Biografi Penulis

Selamat Datang ke Galeri Ilmu

HJ. ABU HASSAN MORAD, anak kelahiran Felda Guar Napai, Kodiang, Kedah, menimba pengalaman awal sebagai guru. Giat menulis dalam pelbagai genre, bermula dengan novel kanak-kanak, remaja dan berkembang kepada skrip drama TV. Karya-karya fiksyennya menempatkan namanya sebaris dengan penulis-penulis mapan tanah air dan melayakkan beliau memenangi pelbagai anugerah, termasuk Anugerah Sastera Perdana 2002.

Pemegang Ijazah Sarjana Pengajian Penerbitan dari Universiti Malaya kini merupakan Pengarah Urusan dan Ahli Lembaga Pengarah-Galeri Ilmu Sdn. Bhd. (penerbit majalah ANIS dan ASUH), Anugerah Media Network Sdn. Bhd. dan Layar Consult Sdn. Bhd.

Beliau turut menjadi penerbit dan pengarah bersama beberapa siri dokumentari TV, drama dan telemovie berunsur Islam. Antaranya Islam Di Nusantara, Salam Timur Tengah, Lambaian Kaabah, drama bersiri Julia dan Cinta Madinah, telemovie Sayangku Puteri, Ihsan dan banyak lagi, selain terlibat dalam pembikinan siri dokumentari TV Syahadah RTM1.

3 comments:

Unknown said...

Saya bercadang utk.membuat aktiviti kem cemerlng jawi di sekolah..bagaimana dan dgn siapa saya nak berurusan ye?terima kasih

Unknown said...

Assalamualaikum cikgu..saya teringin nak copy lagu jendela hati smakl tahun 1993,ada lagi ngan cikgu tak?

goldinarke said...

Alhamdulillah.. dpt brkunjung Di sini