Friday, May 30, 2008

SELAMAT TINGGAL MUFTI PROF. NERZAD GRABUS



Selamat tinggal Slovenia, selamat tinggal Ljubljana. Selamat tinggal imam Senad Karisik dan selamat tinggal Mufti Slovenia Nedzad Grabus. Kami berangkat ke istanbul 3.30 petang dalam perjalanan pulang ke tanah air.
Mufti Nedzad dan seluruh anggota Mesihat di sini telah memainkan peranan yang besar untuk membangunkan umat Islam di sini terutama apabila Slovenia sudah menjadi anggota EU. Cabaran utama beliau sekarang ialah untuk membina sebuah pusat Islam di Slovenia. Kini tiada masjid resmi, cuma bangunan yang diubahsuai dan terdapat 15 buah masjid di sini. Umat Islam dari Bosnia mempunyai peranan besar mengembangkan Islam di seluruh wilayah Balkan. Dan yang menarik walaupun ramai yang belajar di Arab saudi dan negara-negara lain, mereka tetap berpegang kepada amalan Mazhab Hanafi. Doa, zikir dan munajat cukup menyentuh hati ketika kita berada bersama di dalam majlis-majlis mereka. Kami sempat menghadiri majlis perjumpaan hafiz2 Balkan iaitu acaran tahunan di sini. Seramai 8 orang hafiz menyampaikan bacaan ayat suci AlQuran yang diselang seli dengan qasidah, selawat dan berzanji.
Teruskan Mufti Prof Nerzad Grabus. Dan saksikan kisah perjuangan umat Islam Slovenia di dalam dokumentari SYAHADAH ramadan tahun ini.
Hotel A- Ljubljana. 11.30 th 30/5/08

2 comments:

Nazmi Yaakub said...

dari sudut kembara, wajar sekali saya mencemburui cikgu.

tapi dalam banyak hal pun, sebenarnya, banyak yg harus dicemburui. :)

abu hassan morad said...

terima kasih atas doa kalian. banyak yang perlu dilakukan untuk memberi wajah sebenar kepada masyarakat Islam Balkan.