Wednesday, May 28, 2008

salam dari Bosnia

Sekian lama meninggalkan tanah air, banyak yang hendak di kongsi dengan anak-anak dan keluarga di Galeri Ilmu Sdn Bhd. Bosnia sedang 'kebah' dari demam yang panjang menyaksikan mereka semakin segar untuk berada sebaris dengan negara-negara Balkan yang lain. Minggu terakhir kembara syahadah membawa saya dan krew ke negara Slovenia, anggota EU paling terakhir diterima ke dalam kesatuan ini. Sejak awal lagi ketika melintasi sempadan Croatia dan Slovenia, kawalan di sempadan tidak mencengkam seperti kebiasaannya. Kenderaan melepasi sempadan tanpa ada sebarang pemeriksaan. Namun apabila sudah berada beberapa hari di sini, rungutan dari rakyat kedengaran kerana persaingan sangat hebat di sini. Syarikat luar bebas membuka perniagaan di sini dan bagi syarikat tempatan mereka perlu bersaing dengan negara-negara lain di dalam kesatuan ini.

Yang pasti kami merasakan miskin `lima kali ganda' berada di sini kerana pertukaran wang yang berbeza antara RM dan Euro. Jadi berbelanja perlu berhati-hati di sini.

Semalam kami mengembara ke Venice yang terletak kita-kira 240 km daripada Ljubljana, ibu kota Slovenia. Kota lama kristian protestan ini dikerumuni pelancong dari seluruh dunia termasuk arab dan masyarakat Islam yang kemaruk mahu melihat bandar seribu terusan ini. Bangunan lama tidak bercat, masih menjadi identiti kota ini dan ini sesuai untuk pencinta seni, kebudayaan untuk melepak atau honeymoon di sini.

Melihat kota ini teringatkan Bangkok, teringatkan kampung air di Brunei. Kedua-duanya lebih cantik dan menarik berbanding dengan kota yang dipenuhi puluhan gereja lama. Bangkok ada keunikannya begitu juga Brunei tetapi Venice hanya perkampungan lama yang meloyakan..!

No comments: