Wednesday, May 28, 2008


Sarajevo
Tulip kembang segar dipersada perkuburan syahid perang saudara Bosnia 1992-1995. Sarajevo sentiasa tenang dan damai kerana disini bersemadi jasad para syahid mempertahankan sebuah keyakinan, menyelamatkan bara Islam, mengembalikan perpaduan yang semakin luntur, mengingatkan ummah bahawa kesenangan bukan keselesaan tetapi mungkin bertukar menjadi mimpi ngeri jika hakikat Pencipta dilupakan.
Sarajaveo adalah hambaran rehat para syahid yang berterbangan menghiasi dada langit, bukit bukau dan tanah ladang. Apabila keimanan mulai hanyut akibat kesenangan, manusia akan terbabas. Hari ke hari semakin jauh dan jauh sehinggalah Allah datangkan musuh-musuhnya untuk `mengusik' sehingga ummat sedar kembali.
Sarajevo, bunga-bunga tulip sudah mula kembang segar sejak musim sejuk berakhir dan sinar mentari bercahaya di sebalik bukit dan gunung, namun penghunimu bila mahu sedar, kembali untuk mengingati Allah. Bila lagi? Bila lagi ribuan masjid di bumi ini kembali meriah seperti zaman-zaman kegemilanganmu dahulu sebelum bumi ini jatuh ke tangan kuasa komunis. Sarajevo engkau membawa peringatan kepada kami. Engkau menyedarkan kami tentang kealpaan, kecuaian dan kelekaan sehingga lupa tentang pendidikan Islam anak-anak Lupa untuk membawa mereka ke masjid, lupa untuk mengajar mereka tentang adab dan akhlak. Lupa dan Lalai sehingga kam sebenarnya sedang mengikut jalanmu Sarajevo dan mungkin juga suatu hari kaki-kaki bukit akan dipenuhi dengan pusara-pusara baru yang entah siapa penghuninya..!
Ljubljana 28 Mei 08

No comments: