Friday, October 5, 2012

SALAM DI MANA BUMI DIPIJAK

DI MANA BUMI DI PIJAK

Sedikit sedutan daripada kisah ini....

Sultan Muhamad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rajab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481. 

“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine


ISTANBUL wajah Asia dan Eropah
Suatu hari dalam setahun- lembu menguasai bandar Dhaka, Bangladesh- pasar aidil adha

Mengadap perkampungan umat Islam Kun Ming.

Petikan daripada buku baru DI MANA BUMI DI PIJAK.

Insya-Allah, nantikan artikel-artikel daripada saya selepas ini....

Tuesday, July 12, 2011

kemunculan dan kematian


Kelahiran adalah kemunculan ke dunia selepas berada di dalam perut ibu, alam yang pasti dilalui manusia sebelum lahir sebagai insan di atas muka bumi. Di sini proses kehidupan yang sifatnya sementara dalam perjalanan untuk mencari kematian. Kematian adalah kehidupan sebenar. Kematian adalah pencarian bagi mereka yang faham dan memahami mengapa dia perlu hadir ke sini.

Kelahiran dan kematian adalah proses yang silih berganti. Ada yang lahir tetapi sebenarnya kehidupannya di atas muka bumi ini merupakan kematian sepanjang hayat. Dunia dipenuhi dengan jerangkap dan tipu daya nafsu, syaitan dan sukusakatnya. Jika tidak berhati-hati pasti, kita mati dalam dakapan perangkap mereka.

Hakikatnya untuk membebaskan diri dari tipudaya ini, manusia perlu berjuang. Perjuangan adalah harga sebuah kelahiran menuju `kematian'. Mereka yang berjuang hakikatnya adalah `hidup' selepas kelahiran di atas muka bumi ini. Sebaliknya mereka yang menolak perjuangan, mereka menempah `kematian' dalam dakapan musuh-musuh Islam.



Monday, July 11, 2011

selamat datang Ahmad Abu Dardak Ahmad Dhiak.


Hari ini selepas beberapa lama memeram diri, teruja untuk menyambung talian hayat blog ini selepas bergegas memandu dari Melaka ke pejabat. Ahmad Abu Dardak, cucu tok wan yang lahir di bumi Melaka, bandaraya bersejarah semalam 11/7/11 pukul 12.00 th. selepas ibunda dibedah, pengalaman berharga untuk ibu muda seperti kak Ummu.

Sejarah hidup bersilih ganti. datang dan pergi. Dunia berputar seperti roda. Cinta Madinah menerima tamparan tempias dari Interlok, akhirnya selepas beberapa bulan berbincang, novel CM ditolak untuk dijadikan teks komsas.

Saya menerimanya dengan rasa yang amat berat. Di sebuah negara yang didefinasikan oleh juak-juak sebagai negara Islam, novel Islam diketepikan begitu saja demi memberi laluan kepada 1 Malaysia. CM sudah dipilih oleh panel, bahkan kontrak KPM sudah ditandatangani.

roda akan terus berputar. yang wajib saya lakukan ialah melahirkan seramai penulis muda Islam dan diri sendiri tidak berhenti untuk melahirkan lebih banyak karya-karya Islam pada masa hadapan.

Keimanan Cinta memulakan penggambaran semalam 11/7/11

Tuesday, August 18, 2009

ALLAHYARHAM ASRI RABBANI

Hari khamis ini genaplah seminggu kepulangan adinda Asri Ibrahim ke rahmatullah bertemu dengan kekasih Ilahi yang dirindui selama ini. Beliau telah memenuhi begitu banyak undangan dan undangan kali ini adalah undangan teristimewa dan terakhir buatnya. Namun suaranya masih bergema dan menyelinap ke dalam kalbu sesiapa saja. Asri telah memainkan begitu banyak peranan seorang daie sehinggakan kehilangan beliau sukar dicari ganti ketika ini. Ketokohannya memudahkan rakan-rakan penasyid lain muncul di khalayak ramai. Sesiapa saja akan senang dengan beliau, rasa dihargai dan dilayani sebaik mungkin. Namun kini tugas dan peranan beliau perlu diteruskan oleh rakan-rakan lain sebaik mungkin. Dia seorang ustaz, pendakwah dan penghibur yang mempunyai aura tersendiri dan akan dikenang sampai bila-bila. Nah kini peranannya sudah selesai di atas muka bumi ini. Dia kembali kepada Yang Empunya Kuasa, Allah Rabbuljalil. Ketika rohnya berehat, dterbangkan dan disambut oleh para malaikat, saat mendapat hiburan dari langit, laba dari alunan lagu dendangannya, nasib kita belum tahu. Di antara kita siapa pula yang bakal menyusul beliau pergi tidak kembali lagi.

Kerjasama penerbitan dengan HPA


Banyak yang diperkatakan mengenai kejayaan HPA di dalam mengetuai kebangkitan syarikat pengeluar produk MLM muslim ketika ini. Saya dan rakan-rakan di Galeri Ilmu teruja dengan perkembangan yang cukup membanggakan ini. Pada awal tahun lalu, ketika bertemu dengan tuan Hj Ismail, beliau menyatakan hasrat untuk membangunkan sebuah panggung wayang Islam di Sg Petani. Panggung wayang Islam? Seperti idea-idea yang lain, ia kelihatan mustahil dan pelik namun itulah hakikatnya minda anak muda ini. Saya berkunjung ke Sg Petani, meninjau sebuah kilang lama dan membuat floor design serta anggaran budget seperti yang diminta. Pertemuan itu rupanya disusuli dengan pertemuan lain yang menyuburkan lagi kerjasama antara HPA dan ANIS. Beberapa artikel mengenai perkembangan HPA diterbitkan di dalam majalah ANIS saban bulan.

Perbincangan lanjutan mengenai kerjasama media antara HPA dan Galeri Ilmu akhirnya mencapai kata sepakat ke arah menerbitkan sebuah majalah HERBA - tajuknya PESONA HERBA. Keluaran sulungnya dijangkakan terbit pada januari 2010.


Friday, July 24, 2009

BERTUGU CINTA KITA

Persiapan untuk memulakan penggambaran drama bersiri BERTUGU CINTA KITA sedang giat dilaksanakan. Banyak kengkangan yang perlu difikirkan terutama pelakon yang mampu bertutur dalam bahasa arab kerana karya kali ini berkaitan rapat dengan perjuangan arab Palestin.

Namun saya terasa pelik ketika berbincang dengan orang Arab Saudi mengenai persoalan Palestin. Mereka seperti tidak berminat bahkan menyalahkan orang Palestin atas apa yang berlaku? Mengapa begitu pula pandangan mereka?

Masa terus berlalu dan tidak lama ramadan akan mendekati kita. Saya yakin masjid-masjid akan dipenuhi jemaah sehingga melimpah keluar. Apa yang mereka cari sebenarnya? Apakah ada Tuhan lain pada bulan-bulan lain dan ada Tuhan lain pada bulan ramadan. Tertipu dalam beribadah.

Tuesday, July 14, 2009

salam dari PUTEH BOOK GARDEN



Kunjungi putehbookgarden.blogspot.com. Kerja-kerja menyiapkan teratak PUTEH BOOK GARDEN sedang rancak dijalankan oleh Bang Pi anak beranak. Siang malam pulun sakan. InsyaAllah 1 Ogos 2009 nanti, majlis pelancaran secara santai akan diadakan di taman buku.