Tuesday, July 12, 2011

kemunculan dan kematian


Kelahiran adalah kemunculan ke dunia selepas berada di dalam perut ibu, alam yang pasti dilalui manusia sebelum lahir sebagai insan di atas muka bumi. Di sini proses kehidupan yang sifatnya sementara dalam perjalanan untuk mencari kematian. Kematian adalah kehidupan sebenar. Kematian adalah pencarian bagi mereka yang faham dan memahami mengapa dia perlu hadir ke sini.

Kelahiran dan kematian adalah proses yang silih berganti. Ada yang lahir tetapi sebenarnya kehidupannya di atas muka bumi ini merupakan kematian sepanjang hayat. Dunia dipenuhi dengan jerangkap dan tipu daya nafsu, syaitan dan sukusakatnya. Jika tidak berhati-hati pasti, kita mati dalam dakapan perangkap mereka.

Hakikatnya untuk membebaskan diri dari tipudaya ini, manusia perlu berjuang. Perjuangan adalah harga sebuah kelahiran menuju `kematian'. Mereka yang berjuang hakikatnya adalah `hidup' selepas kelahiran di atas muka bumi ini. Sebaliknya mereka yang menolak perjuangan, mereka menempah `kematian' dalam dakapan musuh-musuh Islam.



No comments: