Monday, July 11, 2011

selamat datang Ahmad Abu Dardak Ahmad Dhiak.


Hari ini selepas beberapa lama memeram diri, teruja untuk menyambung talian hayat blog ini selepas bergegas memandu dari Melaka ke pejabat. Ahmad Abu Dardak, cucu tok wan yang lahir di bumi Melaka, bandaraya bersejarah semalam 11/7/11 pukul 12.00 th. selepas ibunda dibedah, pengalaman berharga untuk ibu muda seperti kak Ummu.

Sejarah hidup bersilih ganti. datang dan pergi. Dunia berputar seperti roda. Cinta Madinah menerima tamparan tempias dari Interlok, akhirnya selepas beberapa bulan berbincang, novel CM ditolak untuk dijadikan teks komsas.

Saya menerimanya dengan rasa yang amat berat. Di sebuah negara yang didefinasikan oleh juak-juak sebagai negara Islam, novel Islam diketepikan begitu saja demi memberi laluan kepada 1 Malaysia. CM sudah dipilih oleh panel, bahkan kontrak KPM sudah ditandatangani.

roda akan terus berputar. yang wajib saya lakukan ialah melahirkan seramai penulis muda Islam dan diri sendiri tidak berhenti untuk melahirkan lebih banyak karya-karya Islam pada masa hadapan.

Keimanan Cinta memulakan penggambaran semalam 11/7/11

No comments: