Wednesday, June 4, 2008

SEKOLAH PERNIAGAAN TESCO





Selamat kembali ke Malaysia. Alhamdulillah kerja-kerja Syahadah di Balkan hampir selesai. Dari KL terus ke Alor Setar ambil flight pagi. Ada kenduri dan sebaik tiba di Alor Setar terus ke TESCO mengunjungi dua gerai `comel' milik anak-anak abah. Tahniah kepada anak2 abah atas `keberanian' yang luar biasa untuk menceburi bidang perniagaan. Abah pada usia kalian masih tercari-cari rentak tetapi kalian telah tampil untuk bersaing dgn peniaga lain. Trend orang berbelanja sekarang lebih selesa ke Mall berbanding dengan kedai2 seperti dulu. Jadi terletak pada kita untuk bijak menarik mereka ke kedai-kedai kita.
Abah harap anak-anak abah akan lebih kreatif terutama bagaimana hendak memikat pengunjung ke kedai cenderamata I QETA dan kedai buku AMN. Kejayaan akan banyak bergantung HOW WE SPENT daripada HOW MUCH WE GET. Setiap sen perlu dikira dan banyak kebiasaan yang tidak relevan perlu ditinggalkan.
selamat memasuki sekolah perniagaan wahail anak-anak abah.
Anak-anak akan belajar banyak perkara terutama pengurusan masa- kedai-kedai di sini perlu mengikut cara bekerja di TESCO, buka pukul 9.00 dan tutup 10.30 malam sepanjang tahun. Jadi kebiasaan untuk bermalas-malas akan berubah melalui pengalaman bekerja yang lebih panjang dan awal pagi.
Teruskan wahai anak-anak abah. Berusaha dan Allah menjanjikan rezeki yang tidak diduga di dalam bidang perniagaan. Banyak berdoa dan sentiasa positif dan pro aktif di dalam memastikan kedai-kedai ini maju pada masa hadapan.

9 comments:

Faiz Faiza said...

Salam alaik pakcik..lama xdengar pakcik bercerita.tahniah setulusnya dari faiz. kagum seh dengan kuatnya azam ummu,dekna,dikpah&dikjat-dalam insan seusia masih tercari-cari pautan kuat untuk bergantung, mereka dah mula memanjangkan akar ke dasar. uh...jelesnya..(harapnya faiz pun cepat2 jadi semacam mereka=))

zabidi mohamed said...

ana akan sentiasa buka blog cikgu.
tahniah.suka tengok kembara cikgu.cikgu patut jadi "Ibnu Sima Malaya" buat buku untuk tatapan generasi akan datang.

zabidi mohamed

Denanz ... said...

assalamualaikum. san, tahniah utk seorang abah yg berjaya mendidik anak2 sehingga mampu membuat keputusan sendiri.

MARSLI N.O said...

Salam Cikgu Abu: Ini kali pertama menjengah blog Sdr Cikgu Abu. Tahniah atas segala kejayaan. Juga salut atas perjuangan yang tidak pernah kenal erti mundur.

Wassalam.

http://marslino.blogspot.com/

Art Pokon said...

Saudara Hassan,

Saja teringat kat saudara dan try cuba cari kot2 ada buka blog, Alhamdullilah ada juga. Apa khabar. Terima kasih kerana dah buat buku tentang Guar Napai.
MAzhar

asalbayu said...

MENCONGAK MAKNA MERDEKA


Ketika di usia kanak-kanak
sering kutanya bapa:
akan makna merdeka?
Lalu jawapannya: KEBEBASAN
Siapa kurung kita?
kuasa asing katanya
di bumi sendirI kita jadi kuli.


Anak-anakku kini di usia dewasa
kepadaku sering mereka tanya:
benarkah kita sudah merdeka?
Minda kita masih diperhamba
saban ketika dusta dan nista
angkara kebejatan arus perdana.


Kepada mereka kuhulur nasihat:
usah percaya jika diperdaya
tidak wajar dikongsi kemungkaran
agar selamat di dunia juga akhirat
usah tumpang gerabak dosa.


Maaf.... rela aku dicerca!
Hingga kini masih aku mencongak
makna merdeka setelah setengah abad
kutempuh di terowong ini
sinar di hujungnya masih suram.




ABDUL HALIM YAACOB (270808)
Pinggiran Alor Setar.
http://asalbayu.blogspot.com

Anonymous said...

caya lah cikgu, bila kita nak sama-sama pakai spek google nyelam kat dasar pantai christmas island
lagi hahaha! -jefhazimin : anak murid cikgu+researcher cikgu+hos rancangan cikgu+kawan cikgu... www.abangjef.blogspot.com

Abu Hassan Morad said...

Terima kasih kepada saudara saudari yang terjun dalam blog cikgu. Sejak balik dari Bosnia, inilah baru nak mula balik menulis di blog ni. Langit dicemari racun fitnah yang amat dahsyat.

Oleg said...

Saya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.