Thursday, September 18, 2008

KEMBALI BERSIARAN- LOKASI BERBEZA ILTIZAM SAMA


ASTANA KARYA




Semalam hujan turun berderai ketika langit Kuala Lumpur
cerah. Namun dari jendela ASTANA KARYA kujamah wajah
desa, wajah zaman kanak-kanakku; pokok getah. Benar
anak-anakku, di sebelah pejabat baru abah, ada barisan
pokok getah seperti di kampung Tok Wan. Sungguh
terasa hilang rindu anak kampung kerana di tengah
kota KL, pejabat baruku berhadapan dengan ladang
getah. Terasa macam dok di Guar Napai..

Kami sudah berpindah.

ANTANA KARYA
42-43, JLN PEKAKA 8/3
SEKSYEN 8. KOTA DAMANSARA
PETALING JAYA


Sungguh perjuangan yang dilalui selama 11 tahun
menguji kesabaran dan ketabahan.
Memimpin sebuah organisasi media memerlukan
lebih komitmen daripada apa yang kita ada.
Kami bertatih-tatih, membilang detik waktu
seperti sebuah fokker yang keluar dari hanger
sedangkan di landasan jumbo jet sedang bergemuruh
berlepas, meluncur laju.

Rezeki, milik Allah. Dia berhak memberi kepada
sesiapa saja. Istidraj atau anugerah.
Bezanya bagaimana kita berbelanja. Makan ikan temenung atau makan bawal.Makan di hotel atau di warung.pakai kancil atau pakai Merc. Perjuangan adalah lautan pengorbanan yang kita tidak tahu di mana titik noktahnya sehinggalah kematian menjemput kita.
Sungguh terharu apabila kawan-kawan melompat masuk dalam blog cikgu. terima kasih sdr halim, sdr. zabidi, Jef, Masli, faiz dan semua yang melawat cikgu.. Hari ini Jumaat 19 ramadan, berapa
banyak hotel yang telah dikunjungi untuk berbuka, atau berapa banyak masjid yang kita berbuka. Ah Tahun ini apakah ia akan berulang kisah-kisah lama.
Lokasi baru, azam baru, perjuangan
diteruskan. Allahu Akbar..!

6 comments:

Ciptaan Terhebat said...

Salam perjuangan buat cikgu Abu...

Saya tidaklah mengenali cikgu sebegitu rapat, tetapi saya yakin dan percaya... halatuju kita sama... ISLAM adalah keutamaannya.

Saya berharap kesabaran cikgu akan terus membenam semangat dan cita-cita cikgu jauh dilubuk hati sehinggalah ia tercapai suatu hari nanti.

11 tahun tu lama cikgu, anak-anak dah wajib dirotan kalau tak solat (10 tahun)... jika tidak keberatan, saya ingin berkongsikan pengelaman cikgu itu dalam diri saya...

Tahniah buat cikgu dan pasukan cikgu...

Thoyba Mursyidah said...

Salam cikgu. GEmbira daoat bertandang di sini. Semoga perjuangan diberkati. Cikgu bekas pelajar M4p kan?

D'Rimba said...

Salam perkenalan penulis handalan.

Unknown said...

Salam cikgu abu hasan morad..
masih ingt saya..Helmi dari Mesir..
kita buat pengambaran di Mekah kan..:)
bila agaknya akan ditayangkan ek..?

Abu Hassan Morad said...

Kepada rakan-rakan,
saya kembali bersiaran- maaf mogok begitu lama. terima kasih atas ingatan

Abu Hassan Morad said...

salam perjuangan untuk semua. Masih banyak yang perlu dilakukan untuk mengajak manusia kepada Allah.