Wednesday, December 26, 2012
Tuesday, December 25, 2012
PM saran sambutan tahun baru diganti majlis doa selamat elak bancana
SUNGAI PETANI 29 Dis- Kerajaan mengarahkan semua acara
keramaian bagi menyambut Tahun Baru 2005 dibatalkan untuk menghormati mangsa-mangsa
yang terkorban dan menderita akibat bencana ombak besar ‘tsunami’ Ahad lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi sebaliknya
menyarankan umat islam dan penganut agama lain menganjurkan majlis memohon doa
agar rakyat hidup sejahtera dan dijauhi bala bencana.
“Saya ingin menyatakan bahawa kali ini , tidak aka nada apa-apa
kemeriahan bagi menyambut tahun baru seperti masa-masa lalu,” kata Abdullah.
Menurut beliau, pembatalan semua acara keramaian itu juga
melibatkan majlis-majlis yang dirancang oleh swasta.
Beliau meminta pihak berkuasa tempatan membatalkan semua kebenaran
yang telah diberikan kepada yang telah diberikan bagi menganjurkan sambutan
itu.
“Sebabnya, kita sekarang berada dalam keadaan sedih dan
menderita oleh sebab berlaku kemalangan yang begitu besar dan tidak pernah
terjadi di negara ini hingga menyebabkan ramai meninggal dunia dan hilang harta
benda,” katanya.
Menurut Perdana Menteri, sekarang bukan masanya bagi masyarakat
Malaysia untuk berseronok , sebaliknya sambutan tahun baru lebih baik digantii
dengan majlis mohon doa restu dari Allah agar mangsa yang ditimpa bencana
dikurniakan kesabaran dan dapat membina semula kehidupan.
Keratan akhbar pada 29 Disember 2004
Thursday, December 20, 2012
LAPORAN AKHBAR TENTANG KEJADIAN EKUINOKS
KUALA LUMPUR 19 Mac- Fenomena Ekuinoks Isnin akan
menyebabkan penduduk dikawasan Khatulistiwa melalui tempoh siang hari paling
panjang tahun ini iaitu kira-kira 14 jam dan menyaksikan penerimaan cahaya
matahari lebih lama dari biasa.
Pada hari tersebut, matahari yang bergerak dari hemisfera
selatan ke hemisfera utara menyaksikan bumi condong sedikit dari paksinya sehingga
mengakibatkan kawasan Khatulistiwa melalui tempoh siang lebih panjang
berbanding waktu malam.
Tempoh siang hari di kawasan itu biasanya kira-kira 12 jam
sahaja.
Pakar kaji cuaca tempatan, Prof. Dr. Azizan Abu Samah
berkata, pada hari itu juga, matahari akan berada lebih lama pada kedudukan
horizonnya dan pada masa yang sama berada betul-betul di atas garisan
Khatulistiwa yang menyebabkan keadaan panas terik.
Thursday, December 13, 2012
TRAGEDI TSUNAMI YANG MENGEJUTKAN
Pada 26 Disember 2004, satu gempa bumi yang besar berlaku di
Luatan Hindi luar pantai berat Aceh yeng mengakibatkan berlakunya ombak besar
tsunami yang melanda kawasan-kawasan pantai di selat Asia, Sumatera Utara , Thailand
dan Malaysia.
Pusat gempa terletak pada garis buju 3,298 utara dan 95,779
timur,kira-kira 160 km ke barat Aceh sedalam 10km. Gempa bumi yang sebesar
skala Richter 9.0 ini berlaku sekitar jam 8.59 pagi (waktu Malaysia) dan
merupakan yang keempat terbesar di dunia sejak 1900.
Di sesetengah lokasi dilaporkan bahawa ombak tsunami
mencapai ketinggian 10 meter.
Tuesday, December 11, 2012
UJIAN PADA AWAL TAHUN
Pada awal tahun, ibu bapa sibuk menyelesaikan urusan
persekolahan anak-anak. Ada yang berpindah ke tempat baru, memasuki asrama atau
baru melangkah kea lam persekolahan. Sekurang-kurangnya mereka perlu
menyelesaikan pakaian, alat tulis membayar yuran-yuran persekolahan berkaitan .
terpaksalah mereka berkorban masa, tenaga dan wang ringgit bagi memastikan
semua perkara itu dapat disempurnakan sebaik mungkin . bagi keluarga yang
berpendapatan rendah, perkara ini pastinya menjadi cabaran yang hebat buat
mereka.
Di beberapa tempat terutamanya di Pantai Timur, dan di
selatan tanah air pula, saudara-saudara kita disana terpaksa bergelut dengan
air banjir luar biasa akibat perubahan angin monsoon, yang mengakibatkan banyak
kawasan kelihatan seperti kawah besar yang dipenuhi air.
Ujian awal tahun ini memerlukan kesabaran , ketenangan dan
keredhaan yang tinggi; menerima hakikat kejadian yang Allah datangkan sebagai
ujian dalam kehidupan. Jika kita sabar dan redha, di situlah ada kemanisan iman,
peningkatan takwa seorang hamba yang Allah kurniakan d sebalik limpahan air
yang luar biasa itu.
Firman Allah:
“sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan
disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.”
(Az-Zumar:10)
Anak isteri , harta benda dan sebagainya Allah jadikn sebagai
pakej bagi menguji sejauh mana kita dapat menerima takdir dan ketentuan Ilahi
denagn lapang dada dan penuh kerelaan. Namun bukan mudah untuk kita
menerimanya. Katakanlah kita perlu kembali dari Tanah Suci, tiba-tiba kita
dapati rumah kita dihanyutkan air . bukan mudah untuk menerima kenyataan bahawa
perabot dan barang-barang berharga yang dibeli dengan wang yang dikumpul
bertahun-tahun , rosak dalam sekelip mata . bukan mudah menerima kenyataan
dokumen diri dan ahli keluarga serta kenderaan tidak dapat digunakan lagi.
Ujian yang menunggu selepas air surut akan lebih panjang
berbanding dengan saat berada di pusat pemindahan banjir. Ujian ini dirasai
secara langsung oleh mereka yang terjejas akibat banjir, tetapi ujian ini juga
sebenarnya adalah untuk kita yang selamat di tempat-tempat lain.
Orang yang beriman akan merasai musibah yang berlaku pada
saudara-saudara seagama seperti sebatang tubuh. Kita bagaimana? Sejauh mana apa
yang kita pelajari dan yakini, kita tunaikan saat begini? Sejauh mana kita
dapat memperlihatkan kasih sayang dan pengorbanan saudara seagama sebagai
sebuah bangsa yang beriman dan bertakwa.
Sejauh mana kita boleh ‘mengalihkan’ perbelanjaan yang tidak
berfaedah dan tidak perlu kepada saudara-saudara kita yang memerlukannya? Kalau
dulu kita keluar bersiar-siar dan duduk di hotel 5 bintang , mungkin kita boleh
duduk di hotel tiga bintang sahaja. Wang yang hendak dibelanjakan untuk
barang-barang tak perlu , disalurkan kepada mereka.
Inilah saat untuk membuktikan keimanan kita yang tidak
ditimpa musibah tersebut. Inilah masa merebut kasih sayang Allah dan
membuktikan ukhwah Islamiah yang tulensesama saudara seagama.
Tuesday, November 27, 2012
DEMI MASA
Masa terus berputar dan tidak akan berhenti. Kita menjadi penghambat
masa yang sering tercungap-cungap kepenatan. Hari terus berlalu namun kerja
masih bertimbun. Hari ini tak selesai, bawa ke hari esok. Tapi jarum
jam berputar terus.
Masa kita atas
dunia semakin meningkat. Semakin dekat kepada masa kematian kita. Entah
berapa kali kita jenguk tempat kita nak balik. Entah adaa, entah tidak
langsung. Kerana sibuk dengan urusan kerja, kadangkala kematian kawan atau
keluarga, hanya kita jenguk dirumah si mati, tidak turut sampai ke kubur untuk
tengok tempat kita nak balik tidak lama lagi.
Waktu untuk kita
pulang semakin hamper. Buktinya, dulu masa umur kita dua puluhan dan tiga
puluhan, jarng kita dengar berita kawan-kawan dan saudara-mara meninggal dunia.
Tetapi apabila sudah masuk usia empat puluhan , boleh dikatakan setiap minggu
ada saja berita kematian yang kita dengar.
Kawan-kawan dan
saudara-mara yang seangkatan dengan kita mula berangkat pergi, berpindah kea
lam kubur. Janji mereka sudah sampai. Jarum jam mereka sudah berhenti. Mereka
tidak perlu lagi mengejar masa macam kita. Maka tamatlah sebuah hikayat hidup
di atas muka bumi ini, dan mereka akan membuka sejarah baru di alam kubur
sambil menunggu hari pengadilan yang tiada siapa tahu melainkan Allah Taala.
Hari ketika mana
seluruh manusia dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman dikumpulkandi Padang
Masyar untuk disoal siasat. Sesi post-mortem yang sungguh menakutkan. Ditelanjangkan
segala ketelanjuran, keegoan, kedurjanaan kita diatas muka bumi ini. ketika itu
kita akan berasa malu hingga luruh daging-daging muka kita. Saat itu menangis air
mata darah pun, segala-galanya sudah terlambat. Jarum jam taubat sudah
berhenti!
MUHASABAH DIRI
Jarum jam di atas muka bumi berputar lagi, meninggalkan detik semalam,
kelmarin, dan hari-hari sebelumnya untuk melangkah ke hari , minggu, bulan dan
tahun yang menjadikan kita semakin berusia dan jadi orang tua. Walaupun kita
pakai ilmu awet muda, tetapi usia tetap meninggkat dan saat kematian semakin
hamper. Saat untuk masuk ke rumah baru semakin dekat. Rumah tidak berpintu,
gelap, keseorangan jauh di perut bumi.
Jadi menghitung
baki jarum yang masih tinggal menjadi semakin penting mulai saat ini. setiap
saat usia kita cukup berharga dan bernilai. Tetapi, apa nilainya jika rutin
kerja kita seperti itu sahaja ? apa nilainya kalau cara berkerja dan berfikir
sama seperti itu juga?
Sepatutnya kita
fikirkan bagaimana hendak tambah nilai atas setiap kerja yang kita lakukan pada
masa ini. supaya jadi nilai emas dan intan berlian . Janganlah kita biarkan
usia yang berbaki ini menjadi daki-daki kotor yang bersalut dosa dan
kemungkaran.
Muhasabahlah diri
kita sentiasa. Apabila kita sudah sedia atau belum untuk kembali bertemu Allah?
Dan apakah usha-usha kita untuk memberi nilai tambah kepada setiap kerja yang
kita lakukan? Apakah ia menjadi ibadah atau sebaliknya ?
Marilah kita
perbaharui dan perbetulkan niat setiap haro sebelum melangkah memulakan tugas
harian kita. Moga-moga setiap detik yang berlalu itu menjadi ibadah di sisi
Allah SWT.
Subscribe to:
Posts (Atom)













