Tuesday, December 11, 2012

UJIAN PADA AWAL TAHUN

Pada awal tahun, ibu bapa sibuk menyelesaikan urusan persekolahan anak-anak. Ada yang berpindah ke tempat baru, memasuki asrama atau baru melangkah kea lam persekolahan. Sekurang-kurangnya mereka perlu menyelesaikan pakaian, alat tulis membayar yuran-yuran persekolahan berkaitan . terpaksalah mereka berkorban masa, tenaga dan wang ringgit bagi memastikan semua perkara itu dapat disempurnakan sebaik mungkin . bagi keluarga yang berpendapatan rendah, perkara ini pastinya menjadi cabaran yang hebat buat mereka.





Di beberapa tempat terutamanya di Pantai Timur, dan di selatan tanah air pula, saudara-saudara kita disana terpaksa bergelut dengan air banjir luar biasa akibat perubahan angin monsoon, yang mengakibatkan banyak kawasan kelihatan seperti kawah besar yang dipenuhi air.

Ujian awal tahun ini memerlukan kesabaran , ketenangan dan keredhaan yang tinggi; menerima hakikat kejadian yang Allah datangkan sebagai ujian dalam kehidupan. Jika kita sabar dan redha, di situlah ada kemanisan iman, peningkatan takwa seorang hamba yang Allah kurniakan d sebalik limpahan air yang luar biasa itu.

Firman Allah:
“sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.”
(Az-Zumar:10)

Anak isteri , harta benda dan sebagainya Allah jadikn sebagai pakej bagi menguji sejauh mana kita dapat menerima takdir dan ketentuan Ilahi denagn lapang dada dan penuh kerelaan. Namun bukan mudah untuk kita menerimanya. Katakanlah kita perlu kembali dari Tanah Suci, tiba-tiba kita dapati rumah kita dihanyutkan air . bukan mudah untuk menerima kenyataan bahawa perabot dan barang-barang berharga yang dibeli dengan wang yang dikumpul bertahun-tahun , rosak dalam sekelip mata . bukan mudah menerima kenyataan dokumen diri dan ahli keluarga serta kenderaan tidak dapat digunakan lagi.

Ujian yang menunggu selepas air surut akan lebih panjang berbanding dengan saat berada di pusat pemindahan banjir. Ujian ini dirasai secara langsung oleh mereka yang terjejas akibat banjir, tetapi ujian ini juga sebenarnya adalah untuk kita yang selamat di tempat-tempat lain.


Orang yang beriman akan merasai musibah yang berlaku pada saudara-saudara seagama seperti sebatang tubuh. Kita bagaimana? Sejauh mana apa yang kita pelajari dan yakini, kita tunaikan saat begini? Sejauh mana kita dapat memperlihatkan kasih sayang dan pengorbanan saudara seagama sebagai sebuah bangsa yang beriman dan bertakwa.

Sejauh mana kita boleh ‘mengalihkan’ perbelanjaan yang tidak berfaedah dan tidak perlu kepada saudara-saudara kita yang memerlukannya? Kalau dulu kita keluar bersiar-siar dan duduk di hotel 5 bintang , mungkin kita boleh duduk di hotel tiga bintang sahaja. Wang yang hendak dibelanjakan untuk barang-barang tak perlu , disalurkan kepada mereka.

Inilah saat untuk membuktikan keimanan kita yang tidak ditimpa musibah tersebut. Inilah masa merebut kasih sayang Allah dan membuktikan ukhwah Islamiah yang tulensesama saudara seagama.


No comments: