Wednesday, January 9, 2013

SINDROM ‘RUMAH HANTU’

Ada sesuatu yang sedang melanda umat Islam secara umumnya di mana-mana dan lebih terasa lagi di negara kita Malaysia. Sindrom menjadikan surau dan masjid seperti rumah hantu. Gelap dan tidak ada penggunanya. Penghuninya datang berduyun-duyun pada musim-musim tertentu sahaja. Dan kemudian ditinggalkan sepi kepada `hantu-hantu’.



Adakah akhirnya rumah kita juaga akan menjadi rumah hantu??
Sindrom rumah hantu ini boleh dikatakan berlaku secara senyap tetapi datang menyerang dengan cepat sehingga surau dan masjid-masjid disesetengah kawasan gelap di waktu malam dan jauh sekalilah terdengar azan pada subuh hari. Mungkin sesekali terdengar suara azan pada waktu Maghrib dan Isyak. Tapi waktu lain seperti Zuhur, Asar dan Subuh,masjid dan surau-surau berkenaan walaupun terletak di tengah-tengah taman atau perkampungan dan dikelilingi ratusan rumah, namun tiada langsung hati yang terdetik untuk mendatanginya.
KIAMAT SUDAH DEKAT
Apa sudah jadi? Walaupun setiap hari menonton filem Indonesia Kiamat Sudah Dekat, orang tidak ambil pusingdan sindrom ini merebak bagaikan wabak yang sangat merbahaya.Aduh. Sebak rasa hati, sayu sesayunya melihat semua ini berlaku di depan mata sendiri.
Ke mana perginya sensitiviti umat Islam? Ke mana perginya ahli-ahli ibadah Ramadan? Ke mana menghilangnyaanak-anak remaja, kaum ibu dan bapa yang memenuhi saf solat sepanjang Ramadan? Ke mana? Apakah ini ajaran Islam atau ada ajaran baru yangsedang mengambil tempat di hati umatIslam.
Apakah benar `hantu-hantu’ akhir zaman sudah merobek ke jantung hati umat sehingga segala-galanya bertukar 360 darjah? Hantu-hantu ini membawa budaya agama baru yang mewajibkanke tempat ibadah sebulan sekali dalam setahun. Masa itulah berdoa dan bertaubat tapi di bulan-bulan lain tidak mengenal Tuannya. Suasana pengajian yang dahulunya meriah di rumah, surau dan masjid menjadi asing seasingnya.
Kalau masuk ke majlis-majlis begini terasa cukup tersisih dan menakutkan. Kita menjadi susah hati. Ustaz-ustaz yang mengajar pun dapat merasai kelainandan perubahan yang berlaku.
Mereka mengajar `seorang diri’ kerana dihadapannya lebih besar ruang kosong daripada ruang yang diisi oleh jemaah.Orang suka duduk-duduk di belakang.Mencari dinding-dinding dan tiangtiang masjid untuk bersandar. Guru tercongok di hadapan; bercakap dan mengajar dalam dua dunia yang sangat asing. Keghairahan menghadiri majlis ilmu tidak ada lagi seperti yang ditunjukkan apabila mengunjungi majlis-majlis keramaian, tengok TV dan program-program hiburan.Kalau ditanya di mana silapnya, panjang alkisahnya. Macam-macam respons dan teori yang kita dengar. Antaranya menyalahkan pengaruh globalisasi dan ada juga menyalahkan sistem pendidikan yang tidak melahirkan umat Islam yang beramal tetapi lebih banyak berteori.
Apa sudahjadi?Walaupun setiap hari menontonfilem Indonesia Kiamat Sudah Dekat, orang tidak ambil pusing dan sindrom ini merebak bagaikan wabak yang sangat merbahaya.
LATIH ANAK JADI IMAM
Semasa membuat penggambaran siridokumentari Syahadah di China, saya melihat ada suatu usaha yang menarik dilakukan oleh persatuan Islam di sana iaitu mewajibkan kurikulum melatih anak-anak lelaki menjadi imam.
Bukan jadi imam solat saja tetapi diajar tentang kepimpinan, public speaking, baca Quran, hafalan, berorganisasi dan sebagainya bagi melengkapkan sifat kelelakian yang perlu ada pada jiwa anak lelaki kerana mereka adalah pemimpin masyarakat dan negara pada masa hadapan. Jadi, anak-anak lelaki ada ilmu tambahan bagi melengkapkan diri menjelang usia remaja dan seterusnya menjadi ketua keluarga, pemimpin yang akan menentukan masa depan ummah.
Watak lelaki adalah watak pemimpin. Pemimpin tidak lahir begitu sahaja kecuali kita yang membentuknya sejak kecil. Oleh itu anak-anak lelaki mesti mendapat lebih ilmu dalam hal-hal berkaitan kepimpinan berbanding dengan anak-anak perempuan. Lelaki tetap lelaki dan tetap jadi pemimpin kepada keluarga, tidak kira dia cemerlang di dalam akademik atau tidak. Dia mesti jadi imam di rumah, menjadi ketua dalam keluarga.
Dia tidak ada pilihan untuk menarik diri dan menyerahkan tugas tersebut kepada si isteri. Anak-anak lelaki perlu mendapat ilmu berbeza dengan anak-anak perempuan supaya mereka memahami tugas dan tanggungjawab mereka nanti.
Jika hanya diberi kurikulum yang sama dengan perempuan, ramai anak lelaki akan ketinggalan berbanding dengan watak perempuan yang rajin belajar dan lebih tekun. Jadi bila tercorot dalam akademik, mulalah perangai hantu merasuk masuk ke dalam diri mereka.
HANTU DI LUAR SEKOLAH
Apabila masyarakat hanya memberi penghormatan tinggi kepada yang cemerlang di dalam akademik, maka anak-anak lelaki tadi memilih untuk menjadi `hantu-hantu’ di luar sekolah, dibayangi pelbagai perangai tindakan yang bertentangan dengan kehendak masyarakat.
Agama tidak membawa apa-apa penawar kepada mereka. Ajaran Islam diketepikan dan seakanakan terpisah dengan kehidupan harian mereka. Sedangkan ajaran Islam mewajibkan si lelaki untuk solat di masjid. Hatta kalau rumahnya dekat tetapi tidak ke masjid, dari segi hukum, rumah tersebut boleh dibakar. Tetapi oleh kerana peraturan yang mewajibkan anak-anak lelaki solat di masjid tidak termasuk di dalam kurikulum pendidikan, maka jadilah seperti apa yang berlaku sekarang.
Mereka jauh dari masjid sejak kecil, maka apa alasan bila sudah remaja atau dewasa, mereka perlu beriktikaf atau solat berjemaah di masjid? Mereka tidak dapat menerima tuntutan berkenaan. Bagi mereka, sudah cukup kalau nak solat, solat saja di rumah seperti watak anak-anak perempuan yang memang tidak dituntut untuk solat di masjid. Jadi lama-kelamaan masjid akan terbiar dan menjadi rumah hantu.
Jadi marilah sama-sama kita memeriksa keluarga kita, masjid dan surau di kariah kita, apakah penyakit ini sudah mula merebak atau baru mula hendak berjangkit. Berpakatlah dengan jemaah yang lain sama ada secara formal ataupun tidak untuk membanteras sindrom ini dengan segera.
Dan yang paling elok dan cukup berkesan ialah bermula dengan diri dan anak-anak lelaki kita. Kita solat berjemaah di masjid. Bawa anak-anak lelaki ke surau atau ke masjid setiap waktu. Jangan biarkan sindrom rumah hantu hinggap di kariah kita. Banteras segera sebelum ia menjadi wabak yang sukar dikawal dan seterusnya membawa kecenderungan yang bertentangan dengan ajaran Rasulullah s.a.w. yang sentiasa menjaga solat berjemaah dimasjid. ✽
Bawa anak-anak lelaki ke surau
atau masjid setiap waktu. Jangan
biarkan sindrom rumah hantu
hinggap di kariah kita!

Wednesday, December 26, 2012

Promosi Majalah


Promosi QnA

                                           Ustaz Zul Ramli editor eksekutif QnA

Tuesday, December 25, 2012

PM saran sambutan tahun baru diganti majlis doa selamat elak bancana

SUNGAI PETANI 29 Dis- Kerajaan mengarahkan semua acara keramaian bagi menyambut Tahun Baru 2005 dibatalkan untuk menghormati mangsa-mangsa yang terkorban dan menderita akibat bencana ombak besar ‘tsunami’ Ahad lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi sebaliknya menyarankan umat islam dan penganut agama lain menganjurkan majlis memohon doa agar rakyat hidup sejahtera dan dijauhi bala bencana.

“Saya ingin menyatakan bahawa kali ini , tidak aka nada apa-apa kemeriahan bagi menyambut tahun baru seperti masa-masa lalu,” kata Abdullah.
Menurut beliau, pembatalan semua acara keramaian itu juga melibatkan majlis-majlis yang dirancang oleh swasta.

Beliau meminta pihak berkuasa tempatan membatalkan semua kebenaran yang telah diberikan kepada yang telah diberikan bagi menganjurkan sambutan itu.

“Sebabnya, kita sekarang berada dalam keadaan sedih dan menderita oleh sebab berlaku kemalangan yang begitu besar dan tidak pernah terjadi di negara ini hingga menyebabkan ramai meninggal dunia dan hilang harta benda,” katanya.

Menurut Perdana Menteri,  sekarang bukan masanya bagi masyarakat Malaysia untuk berseronok , sebaliknya sambutan tahun baru lebih baik digantii dengan majlis mohon doa restu dari Allah agar mangsa yang ditimpa bencana dikurniakan kesabaran dan dapat membina semula kehidupan.

Keratan akhbar pada 29 Disember 2004






Thursday, December 20, 2012

LAPORAN AKHBAR TENTANG KEJADIAN EKUINOKS

KUALA LUMPUR 19 Mac- Fenomena Ekuinoks Isnin akan menyebabkan penduduk dikawasan Khatulistiwa melalui tempoh siang hari paling panjang tahun ini iaitu kira-kira 14 jam dan menyaksikan penerimaan cahaya matahari lebih lama dari biasa.
Pada hari tersebut, matahari yang bergerak dari hemisfera selatan ke hemisfera utara menyaksikan bumi condong sedikit dari paksinya sehingga mengakibatkan kawasan Khatulistiwa melalui tempoh siang lebih panjang berbanding waktu malam.

Tempoh siang hari di kawasan itu biasanya kira-kira 12 jam sahaja.
Pakar kaji cuaca tempatan, Prof. Dr. Azizan Abu Samah berkata, pada hari itu juga, matahari akan berada lebih lama pada kedudukan horizonnya dan pada masa yang sama berada betul-betul di atas garisan Khatulistiwa yang menyebabkan keadaan panas terik.





Thursday, December 13, 2012

TRAGEDI TSUNAMI YANG MENGEJUTKAN

Pada 26 Disember 2004, satu gempa bumi yang besar berlaku di Luatan Hindi luar pantai berat Aceh yeng mengakibatkan berlakunya ombak besar tsunami yang melanda kawasan-kawasan pantai di selat Asia, Sumatera Utara , Thailand dan Malaysia.

Pusat gempa terletak pada garis buju 3,298 utara dan 95,779 timur,kira-kira 160 km ke barat Aceh sedalam 10km. Gempa bumi yang sebesar skala Richter 9.0 ini berlaku sekitar jam 8.59 pagi (waktu Malaysia) dan merupakan yang keempat terbesar di dunia sejak 1900.

Di sesetengah lokasi dilaporkan bahawa ombak tsunami mencapai ketinggian 10 meter.
Ribuan terkorban akibat malapetaka ini.


Tuesday, December 11, 2012

UJIAN PADA AWAL TAHUN

Pada awal tahun, ibu bapa sibuk menyelesaikan urusan persekolahan anak-anak. Ada yang berpindah ke tempat baru, memasuki asrama atau baru melangkah kea lam persekolahan. Sekurang-kurangnya mereka perlu menyelesaikan pakaian, alat tulis membayar yuran-yuran persekolahan berkaitan . terpaksalah mereka berkorban masa, tenaga dan wang ringgit bagi memastikan semua perkara itu dapat disempurnakan sebaik mungkin . bagi keluarga yang berpendapatan rendah, perkara ini pastinya menjadi cabaran yang hebat buat mereka.





Di beberapa tempat terutamanya di Pantai Timur, dan di selatan tanah air pula, saudara-saudara kita disana terpaksa bergelut dengan air banjir luar biasa akibat perubahan angin monsoon, yang mengakibatkan banyak kawasan kelihatan seperti kawah besar yang dipenuhi air.

Ujian awal tahun ini memerlukan kesabaran , ketenangan dan keredhaan yang tinggi; menerima hakikat kejadian yang Allah datangkan sebagai ujian dalam kehidupan. Jika kita sabar dan redha, di situlah ada kemanisan iman, peningkatan takwa seorang hamba yang Allah kurniakan d sebalik limpahan air yang luar biasa itu.

Firman Allah:
“sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.”
(Az-Zumar:10)

Anak isteri , harta benda dan sebagainya Allah jadikn sebagai pakej bagi menguji sejauh mana kita dapat menerima takdir dan ketentuan Ilahi denagn lapang dada dan penuh kerelaan. Namun bukan mudah untuk kita menerimanya. Katakanlah kita perlu kembali dari Tanah Suci, tiba-tiba kita dapati rumah kita dihanyutkan air . bukan mudah untuk menerima kenyataan bahawa perabot dan barang-barang berharga yang dibeli dengan wang yang dikumpul bertahun-tahun , rosak dalam sekelip mata . bukan mudah menerima kenyataan dokumen diri dan ahli keluarga serta kenderaan tidak dapat digunakan lagi.

Ujian yang menunggu selepas air surut akan lebih panjang berbanding dengan saat berada di pusat pemindahan banjir. Ujian ini dirasai secara langsung oleh mereka yang terjejas akibat banjir, tetapi ujian ini juga sebenarnya adalah untuk kita yang selamat di tempat-tempat lain.


Orang yang beriman akan merasai musibah yang berlaku pada saudara-saudara seagama seperti sebatang tubuh. Kita bagaimana? Sejauh mana apa yang kita pelajari dan yakini, kita tunaikan saat begini? Sejauh mana kita dapat memperlihatkan kasih sayang dan pengorbanan saudara seagama sebagai sebuah bangsa yang beriman dan bertakwa.

Sejauh mana kita boleh ‘mengalihkan’ perbelanjaan yang tidak berfaedah dan tidak perlu kepada saudara-saudara kita yang memerlukannya? Kalau dulu kita keluar bersiar-siar dan duduk di hotel 5 bintang , mungkin kita boleh duduk di hotel tiga bintang sahaja. Wang yang hendak dibelanjakan untuk barang-barang tak perlu , disalurkan kepada mereka.

Inilah saat untuk membuktikan keimanan kita yang tidak ditimpa musibah tersebut. Inilah masa merebut kasih sayang Allah dan membuktikan ukhwah Islamiah yang tulensesama saudara seagama.