Wednesday, January 9, 2013

SINDROM ‘RUMAH HANTU’

Ada sesuatu yang sedang melanda umat Islam secara umumnya di mana-mana dan lebih terasa lagi di negara kita Malaysia. Sindrom menjadikan surau dan masjid seperti rumah hantu. Gelap dan tidak ada penggunanya. Penghuninya datang berduyun-duyun pada musim-musim tertentu sahaja. Dan kemudian ditinggalkan sepi kepada `hantu-hantu’.



Adakah akhirnya rumah kita juaga akan menjadi rumah hantu??
Sindrom rumah hantu ini boleh dikatakan berlaku secara senyap tetapi datang menyerang dengan cepat sehingga surau dan masjid-masjid disesetengah kawasan gelap di waktu malam dan jauh sekalilah terdengar azan pada subuh hari. Mungkin sesekali terdengar suara azan pada waktu Maghrib dan Isyak. Tapi waktu lain seperti Zuhur, Asar dan Subuh,masjid dan surau-surau berkenaan walaupun terletak di tengah-tengah taman atau perkampungan dan dikelilingi ratusan rumah, namun tiada langsung hati yang terdetik untuk mendatanginya.
KIAMAT SUDAH DEKAT
Apa sudah jadi? Walaupun setiap hari menonton filem Indonesia Kiamat Sudah Dekat, orang tidak ambil pusingdan sindrom ini merebak bagaikan wabak yang sangat merbahaya.Aduh. Sebak rasa hati, sayu sesayunya melihat semua ini berlaku di depan mata sendiri.
Ke mana perginya sensitiviti umat Islam? Ke mana perginya ahli-ahli ibadah Ramadan? Ke mana menghilangnyaanak-anak remaja, kaum ibu dan bapa yang memenuhi saf solat sepanjang Ramadan? Ke mana? Apakah ini ajaran Islam atau ada ajaran baru yangsedang mengambil tempat di hati umatIslam.
Apakah benar `hantu-hantu’ akhir zaman sudah merobek ke jantung hati umat sehingga segala-galanya bertukar 360 darjah? Hantu-hantu ini membawa budaya agama baru yang mewajibkanke tempat ibadah sebulan sekali dalam setahun. Masa itulah berdoa dan bertaubat tapi di bulan-bulan lain tidak mengenal Tuannya. Suasana pengajian yang dahulunya meriah di rumah, surau dan masjid menjadi asing seasingnya.
Kalau masuk ke majlis-majlis begini terasa cukup tersisih dan menakutkan. Kita menjadi susah hati. Ustaz-ustaz yang mengajar pun dapat merasai kelainandan perubahan yang berlaku.
Mereka mengajar `seorang diri’ kerana dihadapannya lebih besar ruang kosong daripada ruang yang diisi oleh jemaah.Orang suka duduk-duduk di belakang.Mencari dinding-dinding dan tiangtiang masjid untuk bersandar. Guru tercongok di hadapan; bercakap dan mengajar dalam dua dunia yang sangat asing. Keghairahan menghadiri majlis ilmu tidak ada lagi seperti yang ditunjukkan apabila mengunjungi majlis-majlis keramaian, tengok TV dan program-program hiburan.Kalau ditanya di mana silapnya, panjang alkisahnya. Macam-macam respons dan teori yang kita dengar. Antaranya menyalahkan pengaruh globalisasi dan ada juga menyalahkan sistem pendidikan yang tidak melahirkan umat Islam yang beramal tetapi lebih banyak berteori.
Apa sudahjadi?Walaupun setiap hari menontonfilem Indonesia Kiamat Sudah Dekat, orang tidak ambil pusing dan sindrom ini merebak bagaikan wabak yang sangat merbahaya.
LATIH ANAK JADI IMAM
Semasa membuat penggambaran siridokumentari Syahadah di China, saya melihat ada suatu usaha yang menarik dilakukan oleh persatuan Islam di sana iaitu mewajibkan kurikulum melatih anak-anak lelaki menjadi imam.
Bukan jadi imam solat saja tetapi diajar tentang kepimpinan, public speaking, baca Quran, hafalan, berorganisasi dan sebagainya bagi melengkapkan sifat kelelakian yang perlu ada pada jiwa anak lelaki kerana mereka adalah pemimpin masyarakat dan negara pada masa hadapan. Jadi, anak-anak lelaki ada ilmu tambahan bagi melengkapkan diri menjelang usia remaja dan seterusnya menjadi ketua keluarga, pemimpin yang akan menentukan masa depan ummah.
Watak lelaki adalah watak pemimpin. Pemimpin tidak lahir begitu sahaja kecuali kita yang membentuknya sejak kecil. Oleh itu anak-anak lelaki mesti mendapat lebih ilmu dalam hal-hal berkaitan kepimpinan berbanding dengan anak-anak perempuan. Lelaki tetap lelaki dan tetap jadi pemimpin kepada keluarga, tidak kira dia cemerlang di dalam akademik atau tidak. Dia mesti jadi imam di rumah, menjadi ketua dalam keluarga.
Dia tidak ada pilihan untuk menarik diri dan menyerahkan tugas tersebut kepada si isteri. Anak-anak lelaki perlu mendapat ilmu berbeza dengan anak-anak perempuan supaya mereka memahami tugas dan tanggungjawab mereka nanti.
Jika hanya diberi kurikulum yang sama dengan perempuan, ramai anak lelaki akan ketinggalan berbanding dengan watak perempuan yang rajin belajar dan lebih tekun. Jadi bila tercorot dalam akademik, mulalah perangai hantu merasuk masuk ke dalam diri mereka.
HANTU DI LUAR SEKOLAH
Apabila masyarakat hanya memberi penghormatan tinggi kepada yang cemerlang di dalam akademik, maka anak-anak lelaki tadi memilih untuk menjadi `hantu-hantu’ di luar sekolah, dibayangi pelbagai perangai tindakan yang bertentangan dengan kehendak masyarakat.
Agama tidak membawa apa-apa penawar kepada mereka. Ajaran Islam diketepikan dan seakanakan terpisah dengan kehidupan harian mereka. Sedangkan ajaran Islam mewajibkan si lelaki untuk solat di masjid. Hatta kalau rumahnya dekat tetapi tidak ke masjid, dari segi hukum, rumah tersebut boleh dibakar. Tetapi oleh kerana peraturan yang mewajibkan anak-anak lelaki solat di masjid tidak termasuk di dalam kurikulum pendidikan, maka jadilah seperti apa yang berlaku sekarang.
Mereka jauh dari masjid sejak kecil, maka apa alasan bila sudah remaja atau dewasa, mereka perlu beriktikaf atau solat berjemaah di masjid? Mereka tidak dapat menerima tuntutan berkenaan. Bagi mereka, sudah cukup kalau nak solat, solat saja di rumah seperti watak anak-anak perempuan yang memang tidak dituntut untuk solat di masjid. Jadi lama-kelamaan masjid akan terbiar dan menjadi rumah hantu.
Jadi marilah sama-sama kita memeriksa keluarga kita, masjid dan surau di kariah kita, apakah penyakit ini sudah mula merebak atau baru mula hendak berjangkit. Berpakatlah dengan jemaah yang lain sama ada secara formal ataupun tidak untuk membanteras sindrom ini dengan segera.
Dan yang paling elok dan cukup berkesan ialah bermula dengan diri dan anak-anak lelaki kita. Kita solat berjemaah di masjid. Bawa anak-anak lelaki ke surau atau ke masjid setiap waktu. Jangan biarkan sindrom rumah hantu hinggap di kariah kita. Banteras segera sebelum ia menjadi wabak yang sukar dikawal dan seterusnya membawa kecenderungan yang bertentangan dengan ajaran Rasulullah s.a.w. yang sentiasa menjaga solat berjemaah dimasjid.
Bawa anak-anak lelaki ke surau
atau masjid setiap waktu. Jangan
biarkan sindrom rumah hantu
hinggap di kariah kita!

No comments: