Tuesday, July 14, 2009

SALAM MAAHAD


Beberapa hari anak-anak murid yang dah jadi bapa menelefon bertanyakan khabar. Alhamdulillah ramai yang sudah berjaya menjadi `manusia' Yusuf Lenggong, orang kuat HPA di Sg Petani, tiba-tiba membawa kenangan saya merentas gunung dan desa nan permai di penjuru Perak. Saya pernah menjalani praktikal di Sek Men Azlan Shah selama 3 bulan di sana. 3 bulan tetapi cukup bermakna. Di situ cerpen Pak Din Tidak Gila lahir dan memenangi Sayembara cerpen Esso Gapena. Di situ juga lahir novel Sabarlah Sayang dan di situ juga lahir skrip drama saya yang pertama Pak Wok yang memenangi sayembara penulisan drama Islam. Sungguh bermakna Lenggong kepada alam penulisan. Bahkan alam dan kehidupan di sana sungguh mengasyikkan.


Semalam juga anak-anak murid diketuai Ramzan dan Abul mengunjungi Astana karya bagi menyampaikan hasrat melantik cikgu abu hassan menjadi penasihat kepada program Jasaku di kenang yang bakal mereka adakan pada 23 Januari 2010 nanti.


Dari dulu saya menaruh harapan yang tinggi kepada semua pelajar yang pernah belajar menadah telinga mendengar celoteh saya dahulu. Pelajar adalah permata yang perlu digilap. Setiap diri mereka, Allah jadikan ada keistimewaan dan keunikan tersendiri. Dan kini apabila lumpur yang menyaluti mereka dibasuh dan disentai, nampaklah cahayanya gemerlapannya.


Saya menyarankan pelajar Maahad membnetuk sebuah pasukan gerak kerja menyeluruh untuk menyusun aktiviti kemasyarakatan jangka panjang untuk membantu masyarakat yang semakin rosak masa kini.


Mudah-mudahan usaha-usaha mereka akan berjaya dan idberkati Allah SWT.


1 comment:

sha said...

salam buat cikgu abu,
bahagianya menjadi seorang pendidik seperti cikgu...zaman yang berubah pelajar sekarang mungkin tidak seperti itu lagi pada masa akan datang...tapi tulisan cikgu sentiasa membawa saya untuk berfikir secara rasional terhadap kepincangan masyarakat hari ini
terima kasih buat cikgu