Wednesday, May 28, 2008

MALAM PUDAR TIDAK BERBINTANG

Khamis 2.00 pagi
Malam pudar tidak berbintang ketika hari-hari terakhir bermusafir jauh ke wilayah Balkan. Terasa hari-hari berangkat pulang semakin dekat semakin terasa kehilangan kenalan baru di sini. Selain krew Nuruddin- jurukamera, Arabi- jurukamera2, Syazariah - penerbit, Faizal- pen.penerbit dan aku sendiri- penulis skrip, kami bakal meninggalkan seribu satu kenangan selama berkelana ke bumi yang penuh kisah suka duka perjuangan anak
Nuruddin- menunggu mentari jatuh.
bangsa bersilih ganti sejak zaman berzaman. Sesungguhnya musafir kali ini sungguh bermakna kerana Allah pertemukan kami dengan individu yang baik dan mudah membantu bagi menjayakan misi kali ini. Dari pemandu kenderaan, jurutunjuk, responden yang ditemui sehingga kepada Duta Malaysia, kakitangan kedutaan seperti Khairul, Nasir, Amin dan Rafidah yang melayan kami seperti kenalan lama, membantu bagi memastikan kami mendapat apa yang diperlukan untuk resipi syahadah kali ini. Juga tokoh-tokoh tempatan seperti mufti, imam, hafiz, tokoh perniagaan, datuk bandar, kakitangan kerajaan, doktor pakar, jurutera dan semua yang terlibat memberi kerjasama yang cukup membuat kami serba salah apabila tiba saat berpisah kerana apa pun hadiah yang kami bawa, ia tidak mungkin dapat membalas budi baik mereka kepada kami. Yang pasti tunggulah buahnya syahadah - satu lafaz berbeza resam- dokumentari khas sepanjang ramadan tahun ini . Jumpa lagi di tanah air. Isnin 2/6/08.

3 comments:

Korakora said...

tuan, selamat datang ke dunia blog.

Kamariah Kamarudin said...

salam
Cikgu, didoakan segala yang bernama kerja-kerja Islam itu dipermudahkan urusannya. Insyallah. Selamat segala-galanya. Selamat Maju Jaya!

kamariahkamarudin.blogspot.com

Abu Hassan Morad said...

terima kasih nazmi dan kamariah. Rindu terubat. selamat berkarya.