Hujung
tahun kebiasaannya ibu bapa akan mengeluh panjang apabila bebanan perbelanjaan
bertambah mendadak. Namun apabila kerajaan mengumumkan Bajet Belanjawan 2008
lalu, ada sedikit kelegaan di pihak ibu bapa. Perbelanjaan persekolahan
anakanak nampaknya berkurangan, tidak seperti tahun-tahun sebelum ini.
Di
sebalik penghapusan yuran dan buku teks persekolahan, masih banyak hambatan
yang perlu diselesaikan oleh ahli masyarakat terutama perbelanjaan harian yang
sukar dikawal.
Peniaga
menaikkan harga mengikut citarasa `perut’ saudagar besar yang menjadi orang tengah
dan menguasaisumber bahan seperti baja, biji benih, minyak, tepung, makanan dan
lain-lain keperluan sepuas rasa. Cas perkhidmatan seperti tol, elektrik, telefon
dan air juga meningkat.
Bank
saudagar pula menikmati hasil keuntungan tidak masuk akal hasil daripada laba
kapitalis yang melampau dan menekan peniaga. Bos-bos menyeksa anak-anak buah
yang
gaji mereka bagaikan dicatu untuk membolehkan mereka bertukar-tukar kereta, bertukar-tukar
bini, bertukartukar kapal terbang, bertukar-tukar gedung membeli belah sehingga
berlaku jurang kekayaan yang sangat ketara antara si ketua dengan anak-anak buah
yang bekerja separuh mati.
Tidak
cukup dengan tekanan dan himpitan kehidupan masyarakat, kadar jenayah, masalah
sosial terus menggila, membadai keharmonian kehidupan masyarakat tidak kira di
mana. Kota, desa, taman perumahan, apartmen atau sesiapa saja tidak mengenal
kedudukan
akan
merasai tempias masalah kegawatan sistem hidup masyarakat pada hari ini,
seolah-olah tidak ada jalan penyelesaian ke atas apa yang sedang berlaku.
BAGAIKAN
HILANG KAWALAN
Kisah
mencuri, merompak, rogol, sumbang mahram dan pelbagai lagi gejala sosial yang
tidak masuk akal,walaupun pernah berlaku tapi kini kian berleluasa. Apa sudah
jadi? Apakah bajet mesra rakyat dapat mengubati semua ini? Apakah pengurangan cukai,
kenaikan gaji dan segala macam peruntukan akan dapat mengurangkan kegelisahan
masyarakat seluruh negara?
Barangkali
di sebalik kemelut tersebut, usaha meningkatkan nilai modal insan masyarakat
adalah suatu langkah yang baik dan sangat dialualukan. Dan itulah yang
sepatutnya menjadi fokus sebuah masyarakat yang mahukan pembelaan daripada
Allah SWT.
Firman
Allah dalam surah Al- A’raf ayat 96 yang bermaksud “ Kalau penduduk
satu kampung itu beriman dan bertaqwa, Kami (ALLAH) akan bukakan
barakah dari langit dan bumi.”
Saya
berpendapat usaha-usaha melahirkan manusia beriman dan bertaqwa belum di
lakukan
bersungguh-sungguh
dan serius bermula dari peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat umum. Saya masih
ingat zaman kanak-kanak di kampung dahulu, suasana pondok dan sekolah agama
sungguh berbeza dengan apa yang ada pada hari ini.
Anak-anak
keluaran sekolah pondok bukan sahaja sahsiah mereka terkawal, namun ilmu pengetahuan
mereka dapat dimanfaatkan kepada masyarakat. Mereka pulang bercuti di kampung, ketokohan
ilmu mereka boleh diuji dan sekurang-kurangnya akhlak mereka menyejukkan hati
ibu bapa.
Ketika
ini sama ada kita sedar ataupun tidak, semakin banyak sekolah agama, kolej
universiti, fakulti Islam dan universiti yang mengeluarkangraduan Islam
pelbagai ilmu, semakin kurang seri pula roh pengamalan Islam di dalam
masyarakat. Bahkan sebelah petang anak-anak kita terkejar ke sekolah, belajar
kelas Kafa, fardu Ain dan sebagainya tetapi laluannya dirasakan masih
berliku-liku. Di mana silapnya?
Apakah
kegagalan kita mentafsirkan modal insan menyebabkan kita gagal? Saya sering
berkunjung ke sekolahsekolah agama, dan kadang kala diminta berceramah,
maklumkan dahulu cikgu di Maahad Hamidiah Kajang, jadi adalah sedikit rasa
kekitaan apabila bersemuka dengan sekolah-sekolah agama ini.
Kadangkala
balik ke Kedah, ziarah kawan rakan di sekolah agama yang dahulunya sekolah
pondok. Sesekali ada juga jemputan ke universiti, bertemu dengan siswa siswi,
bertukar fikiran. Memang sesuatu yang cukup menyenangkan apabila berada di
dalam situasi tersebut.
‘Kehilangan’
Namun
saya dapat rasakan ada sesuatu yang `hilang’ dalam diri para pelajar,
pejuang dan petugas agama. Para pelajar mengejar
kepandaian akademik seperti sekolah lain juga.
`Pejuang’
di sektor awam, korporat agama mengejar pangkat dan kedudukan seperti sistem
perjawatan lain juga. Ketika mereka berlumbalumba untuk lulus `cemerlang’ di
dalam karier
mereka, si anak pula berkira-kira untuk mendapatkan sebanyak mungkin A dalam
subjek-subjek yang diambil di dalam peperiksaan. Semuanya mengenepikan terus
`jambangan bunga iman’ seperti semua itu tidak penting `istana’ kehidupan
‘pejuang’ agama yang sepatutnya memikirkan masa depan agama, bangsa dan negara.
Kalau
ini berlaku kepada pejuang agama, maksud saya orang-orang yang diberi kelebihan
untuk mendekati dan mendalami ilmu Islam, apatah lagi dengan anak-anak yang
`asing’ dengan ajaran Islam. Maksud saya anak-anak lulusan sekolah biasa,
sekolah umum dan fakulti umum, di mana agaknya akan mengalir rasa beragama,
beriman dan bertaqwa dalam diri mereka?
Dari
ibu bapa mereka? Dari guru-guru pensyarah mereka? Atau dari hos stesen TV
kegemaran mereka, atau daripada siapa sebenarnya kecintaan mereka terhadap
agama akan menular dan mendarah daging dalam kehidupan mereka. Apakah mereka
akan sayang kepada bangsa, sayang kepada negara mereka ketika Tuhan mereka pun mereka
tak kenal dan tak rasa pun Allah melihat apa sedang mereka lakukan.
Jangan
harap dan jangan mimpi kecintaan kepada agama, bangsa dan negara itu akan
mengalir ikhlas dalam diri dan jiwa anak-anak kita, kalau laluannya terbiar
berhutan lalang tidak terurus.
Menyediakan
Modal Insan
Cara
kita menterjemahkan ilmu pengetahuan dan
mentafsir modal insan perlu diperbaiki segera agar ilmu itu
boleh menjadikan alat mengubah seluruh
sistem yang semakin goyah pada ketika ini. Kita
mengharapkan manusia yang baik, modal insannya, jati
diri mereka kukuh, tetapi laluan ke arah
matlamat yang kita perjuangkan tidak
kita usahakan bersungguhsungguh bahkan
masih kabur. Saya cukup lemas apabila pihak sekolah agama
menjemput saya bersama ibu bapa lain ke sekolah
anak saya bagi membincangkan sasaran `A’ yang patut anak
saya dapat dan sasaran sekolah tersebut
untuk mengekalkan rekod 30 orang mendapat 9A
pada tahun lalu. Saya bagaikan nak termuntah!
Masya-Allah
mengapa begitu terhina dan terpesongnya hasrat pentadbir sekolah agama? Saya
tak kata itu salah tetapi bagaimana rasanya minda anakanak apabila setiap hari
cikgu-cikgu akan mengasak dan memotivasi dan mengumpan anak-anak yang pada mulanya
datang ke sekolah agama itu ikhlas, bersih, kosong dan minta diisi dengan agama
kebenaran tetapi kemudiannya
ditukar dengan kepalsuan dan tipu muslihat seolah-olah pangkat A dan
angka-angka adalah Islam dan matlamat yang perlu dicapai berbanding dengan pembinaan
sahsiah diri
dan aspek-aspek modal insan yang sepatutnya diberi keutamaan.
Sebelum
ini tidak pula dipanggil ibu bapa untuk membincangkan apa yang patut anak-anak
berperanan di rumah, dalam masyarakat? Bagaimana pengisian sahsiah, akhlak,
solat berjemaah dan aktiviti kemanusiaan?
Sukarelawan
dan pelbagai lagi usahausaha untuk `memanusiakan’ pelajarpelajar yang bersih,
jernih dan ikhlas itu? Tidak pula bersusah payah untuk menurunkan ilmu
kepimpinan, cara berdakwah, cara mengajak, memimpin dan mendekati golongan yang
kurang asas agama.Jadi yang diajar ialah sifat individualistik, sifat untu `menggemukkan’
nafsu sendirisendiri tetapi mengabaikan sifat dan tanggungjawab bermasyarakat.
Tidak hairanlah walaupun bertahun-tahun di sekolah berasrama penuh dan sekolah agama
pula tetapi apabila balik bercuti, mereka terasing dari masyarakat, menyendiri
di dalam bilik, bertemankan video dan komputer. Inilah wajah harapan bangsa
terutama anak-anak geliga, pintar yang kita harap dapat menjadi modal insan
kepada negara.
Kepada
saya sekolah agama adalah medan menyerlah untuk melahirkan seramai mungkin
masyarakat contoh yang mantap modal insan mereka. Tetapi jika urusan dasar
tidak diselesaikan terutama soal matlamat, pengisian, pengurusan dan
pengawalan, sekolah agama juga tidak berupaya untuk melahirkan pelajar yang
mampu dibawa ketengah bagi menghadapi situasi semasa masyarakat kita.
Modal
insan bukan pada akademik sahaja tetapi insan yang sihat adalah yang mencontohi
Rasulullah SAW, mencontohi peribadi para sahabat dan sekurang-kurangnya dididik
menghargai segala kurniaan Allah ke atas dirinya, bersyukur dengan nikmat dan
berlapang dada dengan ujian Allah SWT. ✽
No comments:
Post a Comment