Monday, September 22, 2008

salam aidil fitri

SALAM AIDIL FITRI


Masa berlalu begitu cepat. Pengajian di madrasah ramadan semakin menghampiri penghujungnya, merangkak perlahan-lahan meninggalkan kita yang terus disibukkan dengan dunia yang semakin `panas' dengan isu-isu yang cukup mencabar.Samada di dalam negara mahupun di luar negara, kegawatan membimbangkan. Ramadan meredakan jiwa dan mendekatkan kita kepada Allah Tuhan pencipta alam ini dan segala kejadiannya. Jangan kita lupa kita hanyalah hamba, bukan tuan yang berkuasa atas segala sesuatu di atas muka bumi ini.


Salam aidil fitri, maaf zahir batin untuk semua sahabat handai, kaum keluarga dan saudara-saudara seperjuangan yang selamat menjalani pengajian di madrasah ini. Selamat menjalani ibadah syawal, perlengkap kepada madrasah ramadan.


Astana Karya

Kota Damansara

Thursday, September 18, 2008

KEMBALI BERSIARAN- LOKASI BERBEZA ILTIZAM SAMA


ASTANA KARYA




Semalam hujan turun berderai ketika langit Kuala Lumpur
cerah. Namun dari jendela ASTANA KARYA kujamah wajah
desa, wajah zaman kanak-kanakku; pokok getah. Benar
anak-anakku, di sebelah pejabat baru abah, ada barisan
pokok getah seperti di kampung Tok Wan. Sungguh
terasa hilang rindu anak kampung kerana di tengah
kota KL, pejabat baruku berhadapan dengan ladang
getah. Terasa macam dok di Guar Napai..

Kami sudah berpindah.

ANTANA KARYA
42-43, JLN PEKAKA 8/3
SEKSYEN 8. KOTA DAMANSARA
PETALING JAYA


Sungguh perjuangan yang dilalui selama 11 tahun
menguji kesabaran dan ketabahan.
Memimpin sebuah organisasi media memerlukan
lebih komitmen daripada apa yang kita ada.
Kami bertatih-tatih, membilang detik waktu
seperti sebuah fokker yang keluar dari hanger
sedangkan di landasan jumbo jet sedang bergemuruh
berlepas, meluncur laju.

Rezeki, milik Allah. Dia berhak memberi kepada
sesiapa saja. Istidraj atau anugerah.
Bezanya bagaimana kita berbelanja. Makan ikan temenung atau makan bawal.Makan di hotel atau di warung.pakai kancil atau pakai Merc. Perjuangan adalah lautan pengorbanan yang kita tidak tahu di mana titik noktahnya sehinggalah kematian menjemput kita.
Sungguh terharu apabila kawan-kawan melompat masuk dalam blog cikgu. terima kasih sdr halim, sdr. zabidi, Jef, Masli, faiz dan semua yang melawat cikgu.. Hari ini Jumaat 19 ramadan, berapa
banyak hotel yang telah dikunjungi untuk berbuka, atau berapa banyak masjid yang kita berbuka. Ah Tahun ini apakah ia akan berulang kisah-kisah lama.
Lokasi baru, azam baru, perjuangan
diteruskan. Allahu Akbar..!