SUNGAI PETANI 29 Dis- Kerajaan mengarahkan semua acara
keramaian bagi menyambut Tahun Baru 2005 dibatalkan untuk menghormati mangsa-mangsa
yang terkorban dan menderita akibat bencana ombak besar ‘tsunami’ Ahad lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi sebaliknya
menyarankan umat islam dan penganut agama lain menganjurkan majlis memohon doa
agar rakyat hidup sejahtera dan dijauhi bala bencana.
“Saya ingin menyatakan bahawa kali ini , tidak aka nada apa-apa
kemeriahan bagi menyambut tahun baru seperti masa-masa lalu,” kata Abdullah.
Menurut beliau, pembatalan semua acara keramaian itu juga
melibatkan majlis-majlis yang dirancang oleh swasta.
Beliau meminta pihak berkuasa tempatan membatalkan semua kebenaran
yang telah diberikan kepada yang telah diberikan bagi menganjurkan sambutan
itu.
“Sebabnya, kita sekarang berada dalam keadaan sedih dan
menderita oleh sebab berlaku kemalangan yang begitu besar dan tidak pernah
terjadi di negara ini hingga menyebabkan ramai meninggal dunia dan hilang harta
benda,” katanya.
Menurut Perdana Menteri, sekarang bukan masanya bagi masyarakat
Malaysia untuk berseronok , sebaliknya sambutan tahun baru lebih baik digantii
dengan majlis mohon doa restu dari Allah agar mangsa yang ditimpa bencana
dikurniakan kesabaran dan dapat membina semula kehidupan.
Keratan akhbar pada 29 Disember 2004
No comments:
Post a Comment