Kak ummu takut-takut nak sebut kampung buku, terlalu besar sangat cita-cita abah dan mak. Kita buat dulu. mula kecil-kecil tapi berperanan sekurang-kurangnya memudahkan orang utara nak beli buku-buku terkini. Juga mencetuskan kesedaran baru - kita perlu membaca. Itu jihad. Jadi kampung buku ini bakal mencetuskan suasana baru. Kedai buku di dalam kampung. Kecil tetapi berperanan. tak guna besar tetapi terbiar dan tiada pengunjung.
Kita perlu kreatif untuk mengubah mindset masyarakat. Kita perlu memulakan langkah pertama ini kerana tanpa langkah pertama mana nak datang langkah ke sepuluh dan seterusnya.
Kalau hendak sampai ke puncak, pendakian harus dimulakan. Jadi sasarannya Julai nanti, kampung buku gajah puteh akan take off. Kampung buku ini bakal mempunyai sudut-sudut kecil seperti;
- sudut-sudut buku pelbagai genre.
- majalah baru dan lama- terutama koleksi anis dan asuh
- cenderahati
- kad phone dan peralatan
- snack ringan
- poster dan photo penting.
mungkin nanti ada sudut berkarya untuk kanak-kanak dan aktiviti hujung minggu yang boleh mendorong kanak-kanak membaca.
0 comments:
Post a Comment